in

Komposer Pak Ngah Suhaimi Meninggal Dunia di Batam Indonesia

Salam takziah Budiey ucapkan buat seluruh keluarga Pak Ngah. Pastinya berita ini adalah satu kehilangan besar dalam industri seni khususnya dalam arena muzik irama Malaysia atau etnik kreatif di mana allahyarham merupakan seorang pejuang irama Malaysia dari dulu sampai kini.

Berita mengejutkan yang baru sahaja Budiey terima dan baca dari portal Utusan, komposer yang juga pejuang lagu-lagu irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia pada pukul 3.02 petang tadi.

Pak Ngah Suhaimi Meninggal Dunia

Allahyarham menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Mengesahkan berita duka itu, penyanyi terkenal Noraniza Idris berkata, beliau dimaklumkan mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu, Megat.

Sementara itu, anak Allahyarham Pak Ngah yang hanya dikenali dengan nama Rina pula enggan memberi sebarang ulasan dan meminta kerjasama semua pihak agar memberi ruang kepada dia dan seluruh ahli keluarganya untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Pak ngah

Menurut wakil Pak Ngah Record, Taufiq, komposer popular itu bercuti bersama beberapa ahli keluarga di Indonesia dan dijadualkan pulang semula ke tanah air pada hari ini.

“Saya juga terkejut apabila dimaklumkan berita itu daripada ahli keluarganya. Maaf buat masa sekarang saya tidak boleh berkongsikan sebarang maklumat lanjut,” – Taufiq

Pastinya berita ini adalah satu kehilangan besar dalam industri seni khususnya dalam arena muzik irama Malaysia atau etnik kreatif di mana allahyarham merupakan seorang pejuang irama Malaysia dari dulu sampai kini.

Dalam dunia hiburan, nama Pak Ngah tidak asing lagi terutama menerusi penciptaan lagu-lagu Irama Malaysia.

Dia mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya dipertandingkan menerusi Anugerah Juara Lagu 1999.

Lagu berkenaan ialah Hati Kama, Samrah Mentari dan Dondang Dendang yang seterusnya membolehkan dia memenangi kategori itu. Nama Pak Ngah terus diukir selepas menerbitkan album ‘Ala Dondang’ nyanyian Noraniza Idris pada tahun 1997.

Dua tahun kemudian Pak Ngah terus meraih populariti selepas menerbitkan album Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin. Album itu mendapat mendapat pengiktirafan lima platinum pada tahun 2000 atas penjualan melebihi 250,000 unit.

Allahyarham juga pencipta lagu patriotik iaitu Jalur Gemilang. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak pengurusan Pak Ngah Productions memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari Batam pada pagi Rabu dan dijangka akan dikebumikan di ibu negara pada petang hari yang sama.

Antara lagu yang dihasilkan oleh Allahyarham ialah Cindai, Hati Kama dan Balqis. Paling terkini, Pak Ngah pernah menjadi juri untuk program 3 JUARA di TV3 bersama Ajai dan Edrie Hashim.

Sumber: Utusan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Merchandise GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN

Dato’ Fazley & Mickey Huang Belted Out FUN TAIPEIDuet