SELEPAS sehari dunia hiburan diselubungi berita sedih dengan kematian komposer Ruslan Mamat, kisah duka bertandang lagi.
Kali ini komposer ternama A Ali pula menghembuskan nafas terakhir pada pagi, Sabtu.
Norhuda berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya sangat mengejutkan.
Tiada Masalah Kesihatan Kronik, Pemergian Komposer A.Ali Sangat Mengejutkan
“Namun, ajalnya sudah sampai. Allah lebih menyayanginya. Selepas ayah dibawa ke hospital, doktor beritahu jantungnya sudah berhenti lama sebelum menutup mata,”
– Norhuda
Norhuda berkata, ibu dan arwah sempat menunaikan solat Subuh, pagi tadi.
“Emak beritahu selepas solat, arwah merenung ke luar jendela kira-kira jam 7 pagi tadi.
“Arwah beritahu emak, dia nampak lori mengangkut sampah. Tapi emak hairan kenapa lori sampah datang awal. Emak fikir itu sekadar imaginasi arwah.
“Selepas itu, arwah baring semula di katil. Sangka emak, arwah tidur nyenyak. Rupa-rupanya arwah bapa sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Jenazah kemudian dibawa ke hospital berdekatan,”
– Norhuda
Tambah Norhuda, sepanjang hayat, arwah mempunyai pekerti mulia dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain.
“Selama saya tinggal bersama, arwah tidak suka menyusahkan anak-anak,” katanya
– Norhuda
Arwah A Ali dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor.
Media dimaklumkan oleh ahli keluarga Allahyarham, komposer itu meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih.
“Assalamualaikum. Saya anak kepada Hamdan B Atan @ A.Ali, dengan ini memberitahu perkara mendukacitakan. Ayah saya telah kembali kerahmatullah pagi tadi dalam keadaan tidur.
“Jenazah sekarang berada di Hospital Kajang untuk urusan bawa balik ke rumah. Semoga roh arwah ayah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Al-Fatihah,”
– Nur Huda
Menurut anak kepada A Ali iaitu Nur Huda, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan Kajang selepas solat Zohor.
Allahyarham yang berusia 71 tahun meninggal seorang isteri, sembilan orang anak dan 10 cucu.
A Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan merupakan bekas pemain gitar dan penyanyi kumpulan Kembara yang turut dianggotai oleh penyanyi terkenal Datuk M Nasir.
Bersama Latifah, arwah yang juga bekas anggota kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir, dikurniakan sembilan anak dan lapan cucu.
Sepanjang karier seninya, arwah yang mampu bermain alat muzik seperti gitar, menaikkan nama penyanyi Zaiton Sameon menerusi lagu Menaruh Harapan yang memenangi Juara Lagu 1987.
Arwah juga mencipta lagu Diriku Terbelenggu nyanyian Francissca Peter dan Rayuanku dendangan Rohana Jalil yang cukup popular pada era 1980-an.
Allahyarham pernah bersama ahli kumpulannya membuat persembahan pada malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November 2014.
Lagu ciptaan Allahyarham iaitu Menaruh Harapan yang dinyanyikan oleh Zaiton Sameon memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.
Allahyarham juga antara komposer yang menaikkan nama penyanyi terkenal seperti Rohana Jalil menerusi lagu ciptaannya Resahku dan Francissca Peter (Diri Ku Terbelenggu).
‘Arwah Pendiam, Kelakar,’ – M Nasir
Penyanyi dan komposer yang juga sahabat Allahyarham A Ali, Datuk M Nasir menyifatkan pemergian bekas pemain gitar kumpulan Kembara itu adalah kehilangan besar buat industri.
M Nasir ketika dihubungi turut berkongsi kenangan ketika mula-mula mengenali arwah yang juga rakan seperjuangannya dalam kumpulan Kembara.
“Pemergiannya satu kehilangan besar. Saya mengenali arwah sekitar tahun 1975 atau 1976, jauh sebelum kumpulan Kembara diwujudkan. Pada ketika itu, dia menjadi gitaris utama kumpulan Sweet Charity.
“Bila dia dah keluar dari Sweet Charity dan saya berpeluang menjadi artis rakaman, saya ajak dia untuk tubuhkan Kembara,” katanya kepada Harian Metro.
M Nasir berkata, Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan adalah sahabat yang memiliki pelbagai karakter.
“Ada masanya dia lebih gemar diam tapi pada masa sama, dia adalah orang yang sangat kelakar.
“Selepas beberapa tahun saya mengikutinya, saya tertarik dengan caranya yang ada identiti sendiri,” katanya.
Aku mengenali Ali di sekitar tahun 70an di Singapura. Waktu tu dia bermain di majlis majlis perkahwinan dan kelab kelab sekitar Singapura. Aku sering menonton persembahan dia pada waktu itu dan aku meminati gaya permainan dia yang tersendiri. Setelah dia keluar dari Sweet Charity, aku mengajaknya untuk menubuhkan Kembara bersama S.Shahlan, Eddy Ali dan Eddynor Ali. Banyak kisah pahit manis aku bersama dia sepanjang perjalanan kami yang akan aku hargai sampai bila bila. Beliau bukan saja seorang pemuzik malah seorang komposer hebat yang telah mencipta banyak lagu lagu hits. Salam takziah aku ucapkan pada keluarganya. Semoga ruhnya diberkati, dirahmati dan berada di kalangan orang orang beriman.
– Datuk M.Masir
Berkongsi mengenai berita pemergian Allahyarham, M Nasir berkata dia menerima khabar pilu itu pagi tadi dan akan menziarahi jenazah.
“Saya dapat tahu mengenai pemergian arwah pukul 9 pagi tadi. Saya akan meziarahi jenazah bagi memberi penghormatan terakhir.
“Kalau mengenai sakit, saya sendiri pun tak pasti sebab saya sudah lama juga tak menghubungi arwah. Apa saya tahu, dia tak ada sebarang penyakit,” katanya.
M Nasir dan Ali adalah antara anggota asal yang menubuhkan kumpulan Kembara pada 1980 di samping seorang lagi anggota asal iaitu S Sahlan.
Allahyarham A Ali meninggal di usia 71 tahun ketika sedang tidur dan perkara itu disahkan anaknya, Nur Huda Hamdan.
Beliau juga pernah bergandingan dengan John Goh menubuhkan kumpulan Pelangi yang popular menerusi lagu Biarku Menjadi Lilin (1985).
—
Allahyarham A Ali Berjiwa Mulia
Pemergian komposer popular era 1980-an, A Ali atau nama sebenar, Hamdan Atan, 71, ketika tidur di kediamannya di Kajang, pagi tadi, mengejutkan teman seperjuangan.
Komposer dan penyanyi yang mencipta nama pada era 1980-an menyifatkan arwah sebagai insan kreatif berhati mulia dan komited dalam berkarya.
Sahabat lama, Datuk M Nasir yang digelar ‘sifu’, menyifatkan arwah sebagai mentornya ketika bertapak dalam dunia seni lebih 40 tahun lalu.
“Saya bermula dengan menjadi peminat arwah pada era 1970-an. Ketika itu, arwah bersama kumpulan Sweet Charity sebagai gitaris.
“Saya pula menuntut di sebuah kolej di Singapura. Pendek kata, arwah jadi mentor saya dalam dunia seni.
“Bermula daripada meminatinya, selepas tamat kolej, saya mengajak arwah menyertai Kembara. Ketika itu, arwah sudah tidak lagi bersama Sweet Charity,” katanya kepada BH Online.
Pagi tadi, anak Allahyarham A Ali, Norhuda berkongsi berita pemergian komposer itu yang didapati tidak sedarkan diri oleh ibunya, Latifah Khamis, kira-kira jam 8.30 pagi.
Norhuda dilaporkan berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya mengejutkan.
M Nasir menyifatkan arwah insan berbakat besar.
“Setiap sentuhan karya seninya ada magis tersendiri. Sebenarnya, arwah banyak cakap dan setiap tutur kata bagai ada makna besar,” katanya.
Zaiton Sameon, penyanyi lagu ciptaan arwah, Menaruh Harapan, teringat jasa A Ali menjulang namanya dengan dendangan itu yang meraih Juara Lagu 1987.
“Gandingan arwah dengan Habsah Hassan sebagai penulis lirik lagu itu cukup menjadi. Arwah cipta lagu Menaruh Harapan dengan menyelami pahit getir hidup saya.
“Dengan lirik dihasilkan Habsah yang saya anggap kakak, arwah menyelami kisah duka saya seperti berkahwin, bercerai dan macam-macam lagi,” katanya.
Zaiton juga terkenang lagu Masa Mengubah Segalanya ciptaan arwah yang juga menyentuh kisah pahit hidupnya.
“Seingat saya ada tiga lagu arwah cipta untuk saya. Sebuah lagi single, Rayuanku dendangan Rohana Jalil, pada mulanya diberikan kepada saya.
“Namun, saya tolak lagu itu dan sebabnya, biarlah rahsia,” kata Zaiton.
Sementara itu, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Francissca Peter cukup menyenangi sikap A Ali.
“Arwah berperibadi baik dan mulia. Bagi saya, arwah tidak cakap banyak. Arwah fokus dengan kerja dan sentuhan seninya cukup berbisa,” katanya.
Tambah Francissca atau mesra disapa Fran, lagu Diriku Terbelenggu ciptaan arwah dengan lirik dihasilkan Habsah, melonjakkan popularitinya pada 1988.
“Lagu itu ada nilai sentimental kepada saya. Saat lagu itu diserahkan komposer Manan Ngah, saya sudah jatuh hati mendengar melodinya.
“Lagu ciptaan arwah bagai ada roh yang bagai boleh menyelami hati dan perasaan saya sebagai penyanyi.
“Saya pula jenis ‘jiwang’…. Tidak dinafikan, lagu itu ada serba sedikit kaitan dengan pengalaman sendiri,” katanya.
*Sumber: BH Online
Allahyarham A Ali Kurang Cakap, Fokus Kerja
Bait lagu Sampaikan Salam Cintaku dendangan Alleycats yang berbunyi ‘andai ku tiada andai ku pejam mata, biar ku abadi cinta yang setia ini’ bagai menggambarkan bagaimana komposer terkenal era 1980-an itu mahu dikenang.
Bukan sedikit sumbangan Allahyarham A Ali terhadap pembangunan dunia muzik Malaysia terutama pop Melayu pada era 1980-an.
Memiliki sentuhan tersendiri, A Ali membawa ciri-ciri kemelayuan dalam nuasa pop yang dicipta hingga menjadi ‘trademark’ seniman hebat ini.
Lagu ciptaannya seperti Sampaikan Salam Cintaku dendangan Alleycats, Rayuanku (Rohana Jalil) dan Diriku Terbelenggu (Francissca Peter), misalnya, ‘kaya’ dengan melodi kemelayuan dengan lenggok dan pengkisahan cerita yang menjadikan karyanya berbeza daripada komposer lain.
Usah dinafikan impak besar lagu Menaruh Harapan ciptaan arwah untuk Zaiton Sameon hingga diangkat sebagai Juara Lagu 1987.
Allahyarham A Ali boleh ‘membaca’ kisah hidup Zaiton – malah diakui sendiri penyanyi itu sehingga lagu itu menjadi cukup ‘besar’ dan menjadi rujukan dalam pencapaian karier Zaiton hingga hari ini.
Menyemak portfolio seni A Ali, ternyata karyawan ini ‘low profile’ berbanding komposer lain pada era kegemilangannya. Namun, hakikatnya, perjalanan A Ali dalam dunia muzik hebat.
Pada pertengahan 1970-an, A Ali pernah menganggotai kumpulan Sweet Charity, iaitu band rock yang diasaskan vokalisnya, Datuk Ramli Sarip dan teman-teman di Singapura.
Band ini cukup berpengaruh, malah, pada era kebangkitan muzik rock pada 1980-an, kumpulan seperti Search dan Lefthanded menjadikan Sweet Charity sebagai idola.
Arwah kemudian dipelawa menyertai kumpulan Kembara oleh Datuk M Nasir, seperti yang diceritakan kepada BH Online. Bermula sebagai peminat ketika arwah menjadi gitaris Sweet Charity, akhirnya M Nasir dan A Ali menganggotai kumpulan sama.
M Nasir mengaku A Ali adalah mentornya ketika mula-mula bertapak dalam dunia seni, lebih 40 tahun lalu.
Pada pertengahan 1980-an, A Ali yang berasal dari Johor Bahru, Johor, bergabung pula dengan John Goh menubuhkan kumpulan Pelangi yang popular dengan lagu Biarku Menjadi Lilin dan Aku Jambatan Buatmu.
Kelmarin, anak Allahyarham A Ali atau nama sebenarnya, Hamdan Atan, Norhuda berkongsi berita pemergian komposer itu yang didapati tidak sedarkan diri oleh ibunya, Latifah Khamis, kira-kira jam 8.30 pagi.
Norhuda dilaporkan berkata, arwah bapanya tidak mempunyai masalah kesihatan kronik dan pemergiannya ketika tidur pada usia 71 tahun, mengejutkan.
Berkongsi kenangan bersama Allahyarham, Zaiton menyanjung jasa A Ali menjulang namanya dengan lagu Menaruh Harapan yang meraih Juara Lagu 1987.
“Gandingan arwah dengan Habsah Hassan sebagai penulis lirik lagu itu cukup menjadi. Arwah cipta lagu Menaruh Harapan dengan menyelami pahit getir hidup saya.
“Dengan lirik dihasilkan Habsah yang saya anggap kakak, arwah menyelami kisah duka saya seperti berkahwin, bercerai dan macam-macam lagi,” katanya.
Zaiton juga terkenang lagu Masa Mengubah Segalanya ciptaan arwah yang juga menyentuh kisah pahit hidupnya.
“Seingat saya ada tiga lagu arwah cipta untuk saya. Sebuah lagi single, Rayuanku dendangan Rohana, pada mulanya diberikan kepada saya.
“Namun, saya tolak lagu itu dan sebabnya, biarlah rahsia,” katanya.
Sementara itu, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Francissca, cukup menyenangi sikap A Ali.
“Arwah berperibadi baik dan mulia. Bagi saya, arwah tidak cakap banyak. Arwah fokus dengan kerja dan sentuhan seninya cukup berbisa,” katanya.
Tambah Francissca atau mesra disapa Fran, lagu Diriku Terbelenggu ciptaan arwah dengan lirik dihasilkan Habsah, melonjakkan popularitinya pada 1988.
“Lagu itu ada nilai sentimental kepada saya. Saat lagu itu diserahkan komposer Manan Ngah, saya sudah jatuh hati mendengar melodinya.
“Lagu ciptaan arwah bagai ada roh yang bagai boleh menyelami hati dan perasaan saya sebagai penyanyi.
“Saya pula jenis ‘jiwang’…. Tidak dinafikan, lagu itu ada serba sedikit kaitan dengan pengalaman sendiri,” katanya.
Ibarat pepatah harimau mati meninggalkan belang, Allahyarham A Ali pergi meninggalkan legasi. Jenazah Allahyarham A Ali dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang, selepas Asar, kelmarin. – BH ONLINE