Menurut Ismail, kelonggaran pergerakan rentas negeri diberi kepada rakyat memandangkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah pun mencapai 90 peratus.
Selepas pengumuman dibuat, golongan selebriti dilihat teruja dengan pengumuman tersebut dan ramai yang memuat naik gambar ulang siar mereka di lapangan terbang, percutian luar negara dan ada juga yang memuat naik gambar pasport masing-masing.
Sungguhpun berita tersebut menerima sambutan yang baik dalam kalangan rakyat, namun, nama pelakon Rita Rudaini dan Zul Yahya tetap menjadi ‘bualan manja’ netizen terutama di laman sosial Twitter.
Menerusi kemas kini pengguna Twitter yang menggunakan nama @SyaheerAhmad, individu tersebut secara berjenaka memulang paku buah keras terhadap beberapa nama selebriti yang enggan mendapatkan suntikan vaksin.
Pengguna bernama @AzlinSyafinaz pula berkata: “Rasa nak senyum je. Rita Rudaini boleh tarik balik IGS (Instagram Story) dia pasal rentas negeri untuk semua tu kot.
Hanya untuk mereka yang mengambil vaksin,” kongsinya.
Sementara itu, ada yang memberi cadangan supaya laporan polis dibuat jika Rita Rudaini atau Suhaimi Saad dilihat merentas negeri.
“Antivaksin tak boleh rentas negeri. Selepas ini, kalau nampak Rita Rudaini atau Mosus rentas boleh lapor polis,” cadangnya.
INI RESPOND RITA RUDAINI BILA DIA TIDAK BOLEH RENTAS NEGERI
Rita Rudaini beri respond tentang apa yang terjadi sekarang dimana nama dia dipetik selepas kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri kecuali untuk golongan tolak vaks1n.
Menurut Rita, dia terima banyak pesanan DM yang gelakkan dia kerana tidak boleh rentas dan tidak boleh makan dalam restoren.
Rita beritahu dia tidak kisah sekiranya tidak boleh rentas kerana sampai sekarang dia masih selalu hubungi ibu dia.
Sebelum ini, Rita Rudaini, Suhaimi Saad dan Zul Yahya begitu keras menentang pemberian vaksin terhadap diri mereka dan keluarga masing-masing.
Selain tiga selebriti ini, pelakon Ellie Suriati juga didakwa enggan menerima suntikan vaksin.