Penyanyi Sufian Suhaimi tidak menolak impak Di Matamu menjadi punca lagu itu layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).
Sufian berkata, peristiwa yang terjadi dalam kehidupannya sehingga terhasilnya lagu berkenaan menjadikan Di Matamu dikenali sebagai lagu sedih rakyat Malaysia tahun ini.
“Syukur dan gembira lagu ini layak dan harapan saya untuk membawa lagu ini ke pentas AJL 33 tercapai.”
“Ia mungkin menjadi lagu sedih untuk rakyat Malaysia selepas apa yang berlaku dan kehidupan sebenar saya sebelum ini.”
“Kesedihan terbayar dan ia hikmah selepas apa yang berlaku dalam hidup saya,”
Penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir ini ditemui selepas pengumuman 12 lagu layak ke AJL 33 yang bakal diadakan pada 3 Februari depan.
Lagu berkenaan merupakan ciptaan komposer Sirkhan dan Rinkarnaen, manakala lirik ditulis oleh Sufian.
Sufian melancarkan lagu Di Matamu selepas pertunangannya dengan pelakon Elfira Loy terputus di tangah jalan pada 18 Februari lalu.
Dalam pada itu, Sufian berkata, lagu yang dihasilkan dengan bersatu dengan kehidupan menjadikan lagu berkenaan istimewa dan mudah diterima masyarakat.
“Jika ia tiada kaitan dengan kehidupan sebenar saya Di Matamu mungkin menjadi hanya sebuah lagu sedih biasa.
“Saya rasa tak ramai penyanyi yang dapat peluang ini. Apabila lagu itu bersatu dengan kehidupan ia akan hidup apabila disampaikan,”
Semoga Sukses Buat Sufian Suhaimi. Do The Best!
Sumber: Mstar Online