Inisiatif Larney dalam memberikan gaya dan keselesaan buat wanita bekerjaya walaupun dalam pendemik Covid-19. Sedikit berbeza dengan beberapa siri koleksi Larney sebelumnya, kali ini jenama itu hanya mengetengahkan beberapa jenis rekaan yang lebih ringkas, praktikal tetapi masih lagi memiliki identiti tersendiri.
Antara yang sering menjadi tarikan dan identiti di rumah fesyen Larney ialah rekaan pleats.
Dek kerana kekuatan itu jugalah, Capsule Collection 2020 Larney muncul dengan beberapa rekaan ‘mengancam habis’ dan cukup selesa sesuai untuk digayakan sebagai pakaian seharian wanita.
Bukan sahaja selesa, Capsule Collection 2020 by Larney, ternyata lebih kasual, releks, feminin dan paling utama ia kekal berani. Begitulah wanitaLarney.
Wahai wanita cantik lagi bergaya, inilah koleksi yang bakal menjadikan penampilan anda lebih hebat, tersendiri dan pasti memukau sesiapa saja yang memandang.
Sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk pakaian ke majlis- majlis luar juga berkurangan.
Tidak hairanlah sejak ia dilancarkan pada September lalu, Capsule Collection 2020 Larney ternyata telah menjadi bualan hangat, terutama sekali pada pemilihan rona terkini seperti natural dan moss green.
Jadi ayuh, jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk anda berhenti melaram.
Kerana andalah fesyenista di hati keluarga mahupun rakan taulan. Pilihlah dari rekaan skirt seperti Venti Skirt, Tia Pleated Pencil Skirt, Bella Skirt atau mungkin top Larnery yang glamor seperti Venti Puffed Top, Tia Blazer Top dan Grande Puffed Top.
Kepada yang sukakan sesuatu yang praktikal dan selesa, Bria Pleated Wrap, Venti Shirt Dress dan Selina Shirt Dress.
Pengasas Larney, Zura Zaibidi berkata, sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk
pakaian ke majlis-majlis luar juga berkurangan.
“Menyedari hakikat itu, Larney mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi Capsule Collection 2020 by Larney, iaitu seleksi pakaian yang boleh dipakai pada bila- bila masa.
“Koleksi ini lebih praktikal tetapi masih mengekalkan identiti Larney sesuai untuk segenap wanita sama ada yang bergaya bebas atau berhijab.
“Apa yang dapat saya simpulkan, wanita Larney seorang yang berani kala bergaya.
“Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka pakaian Larney juga dijual pada harga yang berpatutan,”
– Zura Zaibidi
Selain itu juga, Larney telah bekerjasama dengan jenama turban terkenal Ilham Echenta menerusi kempen Women Who Can sebagai satu langkah permulaan bagi meluaskan lagi peminat fesyen Larney.
Kerjasama bijak ini, telah memberi peluang kepada Larney dan Ilham Ecenta dengan menghasilkan koleksi instant turban dan instant hijab yang mengetengahkan fabrik ikonik, pleats.
Koleksi hijab Larney di jual pada harga RM129 dengan pilihan warna pastel menawan kalbu seperti merah jambu lembut, biru, kelabu, lavender, ivory, hitam, hijau dan banyak lagi.
Sementara Capsule Collection 2020 by Larney, boleh didapati dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM139 sehingga RM289.
Pembelian Capsule Collection 2020 by Larney boleh dibuat dengan melayari laman web www.larney.com.my atau hubungi 011-23794505.