in

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/16 Sacoor Brothers

Untuk musim yang menandakan ulang tahun ke-25 jenama ini, Sacoor Brothers menggunakan Portugal; sebagai latar belakang untuk menampilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/2016, menggabungkan rekaan kontemporari dengan teras klasiknya. Ini adalah perjalanan kembali ke tempat asal, di mana semuanya bermula.

Ia dimulakan di beberapa bahagian ibu kotanya dan kemudian membawa anda melalui sebuah perjalanan di mana anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan kehidupan berkeluarga dalam suasana yang mewah.

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/16 Sacoor Brothers photo 20150818_JR_Sacoor_6273B_flat.jpeg

Untuk mewakili koleksi Lelaki, Sacoor Brothers memilih dua lelaki Portugis yang cukup terkenal di peringkat antarabangsa: aktor berbakat, Joaquim de Almeida, dengan penampilan yang lebih kasar, dan pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo, yang kini kembali bersama keluarga Sacoor Brothers untuk koleksi keduanya. Kedua-dua duta ini akan mempamerkan semangat kontemporari yang digabungkan dengan asas klasik abadi, yang telah menjadi lambang syarikat ini sepanjang kewujudan Sacoor Brothers selama 25 tahun di sembilan buah negara.

Musim seterusnya, gaya Sacoor Brothers bagi koleksi klasik pakaian lelaki akan menggabungkan bahan-bahan terbaik dengan kemewahan perincian bagi item tradisional dengan siluet yang direka semula dan potongan yang moden. Nantikan sut dengan pelbagai corak – dari kosong palsu, tulang ikan dan petak – dan dengan jaket dubel bras, yang mengimbau semula kemahiran busana anggun yang semakin meningkat dengan peredaran masa.

Rangkaian pakaian lelaki yang lebih kasual pula membuka jalan untuk pilihan baru yang lebih mewah, di mana kepelbagaian tekstur dan pertindihan menguasai, dengan “panas” dan keselesaan bergabung tanpa mengabaikan keanggunan. Dihalusi dengan teliti, model-model menampilkan keanggunan semula jadi dengan tumpuan pada pakaian kait jacquard dengan gaya vintaj, parka dan jaket berkuilt, jaket kulit kosong atau suede dan blazer dengan poket barchetta.

Untuk wanita, Sacoor Brothers memfokus kepada rangkaian klasik, menampilkan cadangan sut dengan potongan terkini – dengan dan tanpa lapel – berserta gabungan pelbagai bahan terbaik, termasuk kulit. Ada juga rangkaian Fantasy yang menampilkan pelbagai item yang boleh digabungkan untuk menghasilkan gaya kosmopolitan yang lebih anggun, terutamanya pada lisu, gaun dan blaus dengan gaya yang romantik dan corak yang berwarna-warni.

Sacoor Brothers juga menampilkan koleksi Kanak-Kanak, dengan pelbagai cadangan item yang lebih kasual, mengekalkan keaslian, rekaan dan perincian koleksi dewasa, tetapi dengan beberapa item eksklusif dengan perincian yang lebih “menyeronokkan” seperti kemeja tampal cantum dan gaun polo.

Untuk musim di mana jenama ini meraikan 25 tahun sejarah tanpa gangguan, Sacoor Brothers mengesahkan estetik mewahnya, setia kepada peraturan jahitan tetapi dengan sentuhan avant-garde. Dialog di antara tradisi dan kontemporari juga dapat dilihat pada latar belakang kempen ini yang menjemput anda mengembara di sepanjang kawasan kosmopolitan Portugis di mana label ini dilahirkan, namun turut menampilkan ciri-ciri dunia global yang disertainya kini.

Mengenai Sacoor Brothers
Sacoor Brothers adalah jenama antarabangsa terkenal yang berpusat di Portugal. Ia adalah hasil impian empat bersaudara yang bertekad untuk menambah keanggunan, kualiti dan gaya ke dalam dunia fesyen.

Sejak awal 1990an, apabila butik pertamanya dibuka di Lisbon, Sacoor Brothers terus berkembang. Ia kini sinonim sebagai sebuah jenama kosmopolitan dengan cawangan-cawangan di United Kingdom, Belgium, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Singapura.

Dengan kewujudan selama 25 tahun, Sacoor Brothers telah berkembang dengan menetapkan trend dan menginovasi perkhidmatan dan produknya, lalu mencipta perbezaan dengan menawarkan penyelesaian khusus yang cemerlang – satu kualiti yang boleh ditemui di setiap butiknya di seluruh dunia.

Jenama ini menjadi pilihan para selebriti dan telah menggayakan ramai personaliti terkenal di dalam dunia fesyen, sukan, sinema dan televisyen, seperti aktor popular Hollywood, Rob Lowe, William Baldwin, Patrick Dempsey, Irina Shayk dan yang terkini, Cristiano Ronaldo.

Dengan personaliti yang boleh difahami pengguna, jenama ini, dengan koleksi wanita, lelaki, dan kanak-kanak lelaki – termasuklah kasut dan aksesori – melambangkan sofistikasi dan mempunyai kod tersendiri yang telah menjadikannya jenama premium yang menyeluruh.

Butik-butik Sacoor Brothers di Kuala Lumpur terletak di Pavilion, KLCC, Bangsar Village II dan Mid Valley Megamall.

WWW www.sacoorbrothers.com
Facebook www.facebook.com/SacoorBrothersMY
Instagram http://instagram.com/SacoorBrothersMY

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/16 Sacoor Brothers photo 20150818_JR_Sacoor_6225B_flat.jpeg

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie WALAU SIAPA PUN AKU Lakonan Mantap Puteri Balkis dan Nad Zainal

TV2 Siar Filem Komedi COLLEGE ROAD TRIP