in , ,

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan YB Fadhlina

Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA oleh Menteri Pendidikan telah berlangsung pada pagi tadi.

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina binti Sidek telah berbesar hati meluncurkan secara rasmi Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA dalam satu majlis yang penuh gemilang yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini.

Koleksi khas Tudung FAZURA Purple Label tersebut adalah hasil kerjasama erat antara Kelab PROSPEC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan jenama terkenal FAZURA. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program istimewa yang dirancang untuk memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-67 negara kita.

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan YB Fadhlina

Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik dengan pelbagai warna yang selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, iaitu ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’. Rekaan-rekaan ini diilhamkan oleh warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan, serta kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat dan pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.

Majlis peluncuran rasmi tersebut diserikan dengan kehadiran YB Menteri Pendidikan dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Noorhuda binti Haji Alias, Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPM, YBhg. Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin, Penasihat Kelab PROSPEC KPM, Setiausaha Bahagian KPM, dan hampir 300 orang tetamu jemputan. Kehadiran mereka menambahkan lagi kemeriahan dan signifikan majlis tersebut.

Susulan peluncuran Koleksi Merdeka 2024, majlis diteruskan dengan sesi makan tengah hari yang diiringi dengan persembahan memukau oleh Ella, seorang artis jemputan yang terkenal. Koleksi ini menandakan kerjasama pertama seumpamanya antara kelab penjawat awam dengan jenama FAZURA, khusus untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA Dilancarkan YB Fadhlina

Kerjasama ini disasarkan untuk membuka peluang kepada lebih banyak kolaborasi seumpamanya pada masa hadapan, khususnya dalam konteks kerjasama awam-swasta yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Organisasi awam dan swasta yang berminat untuk mendapatkan koleksi khas ini dengan harga korporat boleh menghubungi wakil PROSPEC KPM melalui WhatsApp di 017-4469726 untuk maklumat lanjut berkenaan kaedah perolehan. Bagi mereka yang ingin membuat pembelian secara dalam talian, boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi di www.fazura.com, aplikasi FAZURA, dan ShopeeMall FAZURA Official Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Drama Bersiri NAFSU di Viu, Debaran Hingga Ke Episod Finale

SHUIB

Shuib Ajak Orang Ramai Sedar Bahayanya Buli Siber Selepas Kes Esha