in

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Pereka fesyen duo terkenal tanahair, RizmanRuzaini telah melancarkan dan mempersembahkan koleksi pengantin mereka yang terbaru di kenali sebagai “Highness”. Mengambil nama gelaran bangsawan, koleksi tersebut mengambil inspirasi daripada era “Byzantine” dan “Baroque”. Seperti koleksi koleksi sebelumnya, koleksi “Highness” juga mempamerkan unsur klasik serta berperincian mewah. Majlis yang di adakan di Carcosa Seri Negara itu di hadiri peminat pereka fesyen tersebut serta rakan rakan media.

“Koleksi “Highness” yang bercirikan mewah berharap dapat menarik minat pelanggan yang berumur di antara 20-35 tahun yang gemarkan gaya klasik diRaja untuk perkahwinan mereka.” – Rizman

Pemilihan Fazura sebagai “Muse” rumah fesyen ini juga sesuai dengan perwatakan Fazura sebagai wanita Melayu yang “classy” dan elegen.

“Saya berasa bangga di pilih sekali lagi sebagai “Muse” untuk RizmanRuzaini, kerana ia semestinya mejadi idaman untuk menjadi “Muse” bagi RizmanRuzaini, dan saya berharap, pemilihan saya mampu menaikkan lagi nama RizmanRuzaini di persada fesyen tanah air.”

Untuk koleksi “Highness” ini, baju direka dengan pontongan yang lebih terkini serta antara signature yang digunakan adalah cape, susunan diamonte, “frill hanging beads, “pearls details” dan juga teknik lace bertampal. Pengguna fabrik fabrik mewah seperti sutera crepe, sutera chiffon, “Tulle” dan juga “French” lace juga menjadikan koleksi ini berlainan dengan koleksi perkahwinan yang terdahulu.

Didatangi dengan 16 helaian yang berbeza untuk wanita dan juga lelaki, koleksi “Highness” boleh di dapati di butik RizmanRuzaini atau laman web rasmi RizmanRuzaini.com.

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

catwalk-highness-18

catwalk-highness-17

catwalk-highness-16

Koleksi Highness Persembahan Terbaru Rizman Ruzaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Baucer Ivory Collection Melinda Looi

Mencari Cinta Lakonan Fizz Fairuz Pilih Amsterdam Sebagai Lokasi