Pada hari Ahad lalu, tanggal 1 November 2015, anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf telah selamat diijabkabulkan dengan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Ariffin di Hotel Majestic kira-kira pukul 8 malam.
Kepada Asyraf dan Tya, kami di Budiey.com ingin mengucapkan selamat pengantin baru. Semoga terus bahagia selamanya melayari bahtera perkahwinan. Maaf tidak dapat hadir di majlis yang bertemakan Hollywood yang penuh gilang gemilang itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pasangan itu sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz. Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,000.
Asyraf dan Tya mengikat pertunangan pada 21 Ogos lalu di Palembang, Indonesia. Sementara itu, Asyraf turut merancang mengembangkan karier nyanyian Tya dalam industri hiburan negara ini.
“Memandangkan Tya akan menetap di sini (Malaysia) saya perlu membantu mengembangkan karier nyanyiannya memperkenalkan dia kepada masyarakat. Saya harap peminat muzik tempatan dapat menerimanya dengan tangan terbuka,” ujarnya.
Asyraf merupakan Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse serta pengasas organisasi Generasi Bersatu Malaysia (GBM) dan anak ketiga hasil perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dan Tengku Zawyah.
Gambar sekitar majlis ini dihantar oleh DOPE FOTO: Follow insta : @hilmanfikry / @dope.foto
FB : http://www.facebook.com/dopefoto
Website : www.dopefoto.wordpress.com