[dropcap]A[/dropcap]nuar Zain kelihatan tampil kacak bergaya dengan imej smart kasual di Sidang Media Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di Restoran Serai, KL Life Centre, baru-baru ini.
Akhirnya, impian untuk kahwinkan Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah dalam satu album tercapai. Walaupun hanya album rakaman di sebuah konsert, album Anuar dan Dayang Live at Dewan Filharmonik Petronas memberi satu yang istimewa buat dua penyanyi terkenal ini.
Lebih istimewa, lagu-lagu yang diabadikan dalam album live itu merupakan momen kenangan manis dan terindah yang diperoleh mereka sewaktu menjayakan konsert Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas (DFP) anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (KSRP) pada Mei tahun lalu.
“Idea menghasilkan album ni datang secara spontan. Bermula dari cakap-cakap kosong dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Ini juga mungkin akan jadi satu permulaan bagi perancangan kami nak buat album duet bersama nanti. InsyaAllah.
“Lagu yang dimuatkan dalam album ni adalah pilihan peminat-peminat kami. Persembahan pada malam itu memang istimewa dan penghasilan album ini juga untuk berkongsi pengalaman kami bersama peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir pada konsert tersebut.”
Memuatkan 14 lagu yang empat daripadanya adalah duet istimewa Anuar dan Dayang iaitu menerusi lagu Bila Resah, Mana Mungkin, Biar Akhirnya Disini dan Sedetik Lebih. Album ini turut diiringi oleh barisan pemuzik hebat dibawah pimpinan pengarah muzik, Jenny Chin.
Album ni terbitan kolaborasi Anuar Zain Network, DN dan AD entertainment manakala diedarkan oleh Universal Music Malaysia ini sudah pun berada di pasaran.
Mengenai perkembangan terbaru, pada hari itu Anuar turut berkongsi video klip Sempurnakan Aku (sambungan daripada klip video Ajari Aku) kini boleh didapati di iTunes bermula akhir bulan ini, bersama dengan rakaman belakang tabir pembikinan video itu.
Nah, untuk peminat Anuar Zain, koleksi gambar Anuar Zain untuk korang semua. Enjoy ya!