Tahniah buat filem Dampak. Belum apa-apa lagi dah dapat hype dab liputan meluas di dunia media sosial. Hebat diperkatakan walaupun kita sendiri tak tahu apa hasilnya. Segala hype ini adalah kerana gambar-gambar sekitar pengambaran filem Dampak ini disiarkan oleh pelakon utama Aaron Aziz di Twitter dan Facebook miliknya.
Ada sesetengah filem tak macam ni, tengok pada production juga. Ada sesetengah produksi tak suka pelakon siarkan gambar belakang tabir di Twitter dan Facebook. Kata mereka, nanti spoiler dan tak best pulak. Mmm… Budiey rasa, mereka patut tukar persepsi minda mereka. Industri hiburan kita bukan macam kat Hollywood pum. Kecik je, apa salahnya kalau pelakon siarkan beberapa keping gambar semasa berlakon. Bukannya apa, ini boleh membuatkan peminat tak sabar nak tonton.
Jadi apa kata anda tentang isu ini?
Pengambaran filem Dampak bermula sekitar bulan Jun 2012 lalu dan tamat pengambaran pada 24 Julai 2012. Filem ini bakal ditayangkan pada tahun depan.
Publisiti bertambah meriah apabila ada insiden di mana Farid Kamil cedera di lututnya semasa melakukan aksi kejar mengejar di Lot 10 untuk filem ini. Impaknya, aksi stunt dibuat oleh orang lain sebab Farid Kamil terpaksa berehat beberapa minggu. Berita ini juga mendapat liputan meluas di media. Farid Kamil memegang watak sebagai Giran dalam filem ini.
Selain Aaron Aziz dan Farid Kamil, filem Dampak juga dilakonkan oleh Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Scha yang sibuk menjalani penggambaran filem Dampak menerusi watak Suria berkata, sepanjang bulan Ramadan, dia tetap akan berlakon.
“Sekarang ini Scha berlakon filem Dampak, hingga hujung bulan ini. Tak berat kerana bukan watak utama. Lepas itu, ada juga tawaran drama.”
Dalam filem Dampak, Aaron Aziz memegang watak sebagai Idrus.
Filem Dampak menjalani pengambaran sekitar ibukota Kuala Lumpur, Pulau Ketam dan beberapa lokasi lain di Selangor.