in ,

Koleksi Buku SIRI SAYANGI RASUL Alif & Sofia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2020

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang bakal disambut pada 29 Oktober tahun ini, Primeworks Studios dengan kerjasama Blindspot Studios mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin dengan pelancaran koleksi buku pertama di pasaran Malaysia dari siri animasi Alif & Sofia iaitu ‘Siri Sayangi Rasul’.

Koleksi siri buku bergambar ini adalah kolaborasi kreatif antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios, penerbit bersama siri animasi Alif & Sofia, dengan kerjasama syarikat penerbitan Armoni Gold Mind. Objektif penerbitan siri ini ialah untuk menyampaikan kisah para Nabi dalam penceritaan yang menarik dan memudahkan ibu bapa untuk berkongsi kisah-kisah ini dengan anak-anak mereka.

Koleksi Buku SIRI SAYANGI RASUL Alif & Sofia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2020

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, berkata, 

Alif & Sofia adalah platform yang tepat bagi ibu bapa yang mencari kandungan yang sesuai untuk anak-anak prasekolah mereka.  

Ini diperkuatkan lagi dengan respon yang kami terima di kedua-dua platform media sosial dan TV yang mana Alif & Sofia mempunyai pengikut yang tinggi dikalangan ibu bapa generasi muda. Trend membaca bersama anak-anak yang kini dijadikan aktiviti rutin ibu bapa  bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan perlu dipupuk dari usia muda.  

Oleh itu pemilihan buku yang sesuai seperti Alif & Sofia, produk terbitan perlesenan pertama kami di Malaysia amatlah bersesuaian.”

“Sebelum pelancaran di Malaysia, kami terlebih dahulu melancarkan siri buku AR (Augmented Reality) ‘Ayo, Shalat!’ versi Bahasa Indonesia.  

Kami mendapat sambutan yang baik ketika pelancaran diadakan di pesta buku Big Bad Wolf, di Jakarta, Indonesia pada Mac lalu dan habis dijual dalam beberapa hari pertama penjualan.

Sambutan ini sememangnya di luar jangkaan kami kerana pelancaran semula jenama animasi Alif & Sofia baharu berlangsung kurang dari setahun lalu, pada bulan Mei tahun lepas. Kami berharap ‘Siri Sayangi Rasul’ akan turut mendapat sambutan hebat dari penonton kami.”

– Datuk Ahmad Izham Omar

Pelancaran pertama ‘Siri Sayangi Rasul’ Alif & Sofia mengandungi empat judul yang menampilkan kisah Nabi Sulaiman a.s (Dengan Ratu Balqis), Nabi Nuh a.s (Kapal Yang Besar), Nabi Yunus a.s (Ditelan Ikan Nun) dan Nabi Muhammad S. A. W (Lahir Pada Tahun Gajah).  Malah, siri ini juga lengkap dengan ilustrasi menarik serta boleh didapati dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ia amat bersesuaian dijadikan bahan bacaan oleh  ibu bapa bersama anak-anak ketika berada di rumah dalam musim pandemik ini.  

Koleksi Buku SIRI SAYANGI RASUL Alif & Sofia Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2020

Menurut Encik Lukman Nulhakim Othman, Ketua  Pegawai Eksekutif, Blindspot Studios,

“Kami cuba untuk mengolah cerita khas buat pembaca muda dan menggalakkan sesi membaca interaktif antara ibu bapa dan anak-anak untuk menghayati kisah-kisah para Nabi dan Rasul yang hebat.  Ibu bapa turut boleh membimbing anak-anak ketika sesi bercerita dan secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ketika meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama di rumah ketika pandemik ini.”

“Kami harap ‘Siri Sayangi Rasul’ Alif & Sofia dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencontohi sifat Nabi-Nabi dengan memperkenalkan tokoh-tokoh berani dari dunia Islam ini kepada mereka. In Syaa Allah kami akan terus menambah judul yang baharu dalam beberapa bulan akan datang.”

– Lukman Nulhakim Othman

Dapatkan ‘Siri Sayangi Rasul’ Alif & Sofia di platform e-dagang Shopee (kualitibooks) pada harga RM23.60 setiap set (mengandungi empat judul) atau RM5.90 senaskhah. Siri buku ini juga bakal dijual di kedai-kedai buku berhampiran di seluruh negara tidak lama lagi.

Alif & Sofia adalah siri animasi 3D yang tersedia di platform YouTube dan menampilkan kandungan interaktif yang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah hari ini. Alif yang berumur 5 tahun mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan aktif bertanya kepada kakaknya Sofia, yang berusia 7 tahun.  

Sebagai kakak yang bertanggungjawab, Sofia cuba untuk membimbing dan menggalakkan adiknya berkongsi dan mencari jawapan bersama.  Sebagai kanak-kanak, mereka sangat gembira dan kagum meneroka dunia di sekeliling mereka dan secara tidak langsung mereka belajar akan nilai-nilai murni melalui cerita, muzik, tarian dan permainan imaginatif.  

Siri ini juga memupuk nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan seharian, memberi panduan kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka dan berkongsi pengalaman menerusi kandungan pembelajaran yang menghiburkan serta dapat menggalakkan perkembangan minda anak dengan baik.

Siri animasi Alif & Sofia boleh ditonton di laman rasmi YouTube www.youtube.com/alifsofia dengan episod baharu dimuatnaik setiap hari Jumaat.  Ikuti Alif & Sofia di Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia, atau klik #AlifSofia di setiap platform media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

YouTube Malaysia Perkenal Empat Youtuber Yang Makin Maju dengan Genre Seram

Isa Khan & Risteena Munim Terpaksa Tunda Tarikh Nikah Gara-Gara Pandemik Covid-19