Biarpun lagu yang dinyanyikan itu adalah versi rakaman semula, sekurang-kurangnya usaha dilakukan itu mampu memperkenalkan irama nasyid kepada generasi muda hari ini sekaligus mengumpul peminat baharu.
Tidak ketinggalan kumpulan Mestica yang kini muncul dengan single baharu berjudul ISTIKHARAH yang berkolaborasi dengan penyanyi terkenal juga lagenda Dato’ Hattan. Mestica yang ditubuhkan pada 2003 ini antara kumpulan nasyid yang menjadi kegilaan pelajar universiti dan peminat irama itu dengan deretan lagu popular mereka.
Selepas kali terakhir muncul dengan album Projek Palestin – Satu Misi Kemenangan bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, tahun ini Mestica yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud (Razin), Mohd Khairulnizam Zainol (Khairul) dan Khalil Khusairi Tarmizi (Khalil) mencuba sesuatu yang baharu.
Menurut Razin juga pencipta lagu ISTIKHARAH ini, adalah satu penghormatan buat mereka apabila Dato’ Hattan bersetuju untuk berkolaborasi bersama Mestica dalam lagu itu. ISTIKHARAH merupakan kerjasama pertama Bepositive Music dan juga Masyhur yang diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
“Untuk lagu ini tentunya kita meletakkan harapan yang tinggi apatah lagi ini kali pertama Mestica berduet dalam satu single dengan Dato’ Hattan yang cukup besar namanya dalam industri muzik kita. Saya difahamkan Dato’ Hattan sendiri tidak pernah terbabit produksi atau singlebergenre nasyid. Ini satu penghormatan juga disebabkan Dato’ Hattan memilih kami sebagai artis nasyid pertama yang beliau berkolaborasi untuk menghasilkan satu single.
“Tentunya satu penghormatan juga apabila Dato’ Hattan bukan sahaja sudi berkolaborasi malah sudi menyanyikan lagu yang dihasilkan oleh Mestica sendiri. Kita mengharapkan lagu ini mendapat sambutan yang baik. Sudah pasti ia memberi impak yang besar kepada Mestica dan kepada semua yang terbabit. Dengan sambutan yang baik insya-Allah akan memberi motivasi kepada kami untuk terus berkarya dan meletakkan Mestica kepada satu tahap yang baharu dalam industri muzik tempatan,†katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu ISTIKHARAH, Razin berkata lirik lagu itu ditulis oleh isterinya, Mass Mohamad yang mana lagu itu adalah satu ‘subject matter’yang jarang diangkat dalam nasyid ataupun lagu lain.
“Lagu ISTIKHARAH ini sebuah lagu yang cukup istimewa bagi Mestica yang mana ia adalah lagu yang memang dicipta khusus untuk Mestica dan dicipta oleh saya dan liriknya oleh Mass Mohammad iaitu isteri saya. Lagu ini adalah satu ‘subject matter’yang jarang diangkat dalam nasyid ataupun lagu lain.
“Kadang-kadang mungkin ramai yang tidak tahu apa ISTIKHARAH itu. Tapi, apabila ia dijadikan inti ataupun isi kepada sebuah lagu maka lebih mudah untuk diterjemahkan yang mana ISTIKHARAH ini merujuk kepada solat yang dilaksanakan oleh seorang Muslim ketika berada dalam persimpangan untuk membuat keputusan.
“Ia sinonim dalam masyarakat kita bila nak mencari atau bertemu jodoh sama ada pilihannya betul atau tidak. Alhamdulillah, isi dan lagu ini saya kira sangat dekat dengan hati orang dan semua akan melalui proses ini sama ada dalam jodoh, kerjaya atau apa jua situasi,†katanya.
Dalam masa sama, Razin berkata, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa lagu ISTIKHARAH dihasilkan dalam genre balada. Malah, menurut Razin proses rakaman lagu itu juga dianggap mencabar kerana Mestica sudah lama tidak merakamkan lagu baharu selain perlu berduet dengan Hattan.
“Kita tahu lagu balada dan pop baladaini satu genre muzik yang sangat diminati oleh masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu. Saya masih ingat dari segi proses penulisan lagu ini ketika ia baru nak dicipta, ketika itu baru pulang dari konsert Opick di Kuala Lumpur. Ketika memandu itu saya dapat melodi ini dan saya padankan dengan satu lirik sedia ada yang bertajuk ISTIKHARAH.
“Alhamdulillah, akhirnya ia siap sebagaimana yang disaksikan hari dan sudah sempurna sebagai sebuah lagu. Proses rakaman adalah satu proses yang cukup mencabar disebabkan kami lama tidak masuk ke studio apatah lagi bila kita berkolaborasi dengan Dato’ Hattan tentunya ada segan dan gerun disebabkan kami ini semua membesar dengan lagu-lagu beliau.
“Alhamdulllah, walaupun mencabar tetapi tetap berjalan dengan sempurna disebabkan bantuan penerbit, rakan-rakan dan pasukanproduksi di studio. Cabaran sepanjang proses, memang banyak tetapi yang paling penting adalah bagaimana ia ditempuh dan ditangani dengan baik oleh semua yang terbabit. Saya kira cabaran inilah yang akan mematangkan dan mempersiapkan kami untuk menghadapi cabaran akan datang pula di dalam karya seterusnya,†katanya.
Selain itu, Razin berkata mereka juga berdepan cabaran ketika menghasilkan video muzik.
“Proses rakaman video muzik juga agak mencabar. Seingat saya kita buat penggambaran ‘outdoor’. Jadi, pada hari itu cuaca tidak menyebelahi kita kerana hujan turun dan sebagainya. Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran semua kru dan semua ‘talent’ yang ada maka ia dapat disiapkan juga dengan kerjasama baik daripada Dato’ Hattan sendiri.
“Sama juga cabaran ketika proses rakaman kerana kami sudah lama tidak beraksi di depan kamera untuk sebuah produksi video muzik. Namun, oleh kerana sudah ada perbincangan, ‘storyboard’ dan sebagainya akhirnya ia berjaya disempurnakan dengan cetusan idea dan kerjasama yang baik daripada semua yang terbabit,†katanya.
Sementara itu, Dato’ Hattan menyifatkan lagu Istikharah adalah lagu yang memberi semangat dan sesuatu yang memberi perjuangan.
“Saya ‘salute’apa yang Mestica cuba buat ini dan saya menyokong penuh singleterbaharu ini. Proses penulisan lagu ini, saya tidak ada dalam penciptaan lagu ini. Saya hanya dijemput sebagai penyanyi. Jadi, saya rasa bahagian penulisan dan mengenai penceritaan lagu ini semua saya serahkan kepada Mestica.
“Dari segi proses rakaman lagu berjalan dengan begitu baik dengan bantuan daripada pakar nasyid kita iaitu Daqmie. Ia memberikan satu semangat dan memudahkan disebabkan tunjuk ajar beliau kerana saya tidak pernah buat rakaman nasyid sebelum ini,†katanya.
Pun begitu, Hattan mengakui dia mengharapkan sesuatu yang berbeza dalam penghasilan video muzik.
“Proses muzik video, sebenarnya saya harapkan perkara yang lain. Saya berharap muzik video itu menjadi sesuatu yang lain. Tapi apapun, bukan semua idea kita sama dan ia tetap bagus sebab dapat bekerjasama dengan anak muda serta pasukanyang baru saya kenal ini.
“Harapan saya untuk lagu ini agar ia akan meletup dan menjadi satu lagu yang boleh dikaji oleh orang ramai agar dapat dijadikan panduan di samping mendapat kebaikan menerusi lirik lagu itu. Semoga kita terus berjuang dan semoga lagu ini mendapat tempat di hati para pendengar. Insya-Allah saya doakan semoga Mestica dan pasukan produksi terus maju pada masa hadapan. Sama-sama kita doa,†katanya.
Lagu ISTIKHARAH dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari ini. Serentak itu video muzik boleh ditonton jam 9 malam.