Musim bunga memang sinonim dengan keindahan bunga sakura yang mekar mengikut musim. Namun begitu, ramai pelancong Malaysia kecewa kerana gagal menyaksikan bunga sakura ketika melancong ke luar negara, terutamanya ke Jepun.
Bayangkan, tujuh daripada sepuluh pelancong Malaysia pulang dengan hati kecewa, walaupun sudah merancang perjalanan mereka mengikut tarikh ramalan musim bunga. Kenapa ini berlaku? Semuanya berpunca daripada perubahan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan bunga sakura mekar lebih awal atau lebih lewat daripada jangkaan.
Impian Melihat Sakura Mekar Kini Makin Sukar
Mengikut satu kajian yang dijalankan oleh Klook, ramai pelancong Malaysia sanggup merancang percutian mereka semata-mata untuk menyaksikan momen bunga sakura mekar. Tapi, sayangnya, masa yang tepat untuk melihat sakura itu sangat terhad, sekitar 10 hari sahaja. Kalau tersilap kira atau cuaca tak menyebelahi, alamatnya tak dapatlah nak bergambar dengan pokok sakura yang sedang mekar.
Tambahan pula, cuaca yang tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyukarkan lagi situasi. Pada tahun 2024, contohnya, Jepun mengalami musim panas yang luar biasa panas dan musim sejuk yang tertunda. Akibatnya, bunga sakura mekar lewat 15 hari daripada biasa, dan yang lebih mengejutkan, Gunung Fuji langsung tidak bersalji pada bulan November – satu kejadian luar biasa dalam rekod 130 tahun cuaca Jepun.
Klook Perkenalkan “No Gloom, No Bloom” – Jaminan Unik Dalam Industri Pelancongan
Untuk menangani kekecewaan para pemburu sakura ini, Klook memperkenalkan satu jaminan baharu yang pertama seumpamanya dalam industri pelancongan: “No Gloom, No Bloom”. Menerusi inisiatif ini, pelancong tidak perlu lagi risau jika tersalah tarikh atau sakura tak jadi mekar, kerana jika mereka gagal menyaksikan sakura mekar ketika lawatan, Klook akan memberikan ganjaran dalam bentuk diskaun lawatan seterusnya.
Menarik, bukan? Bayangkan, anda dah labur masa, duit dan tenaga untuk melancong, tapi bila tiba di lokasi, sakura masih belum keluar. Dengan jaminan ni, anda akan dapat kod promosi diskaun sehingga 50% (maksimum USD$25 atau kira-kira RM112) untuk tempahan lawatan Klook yang seterusnya – dan sah digunakan dalam tempoh setahun.
Langkah Mudah Tuntut Ganjaran “No Gloom, No Bloom”
Nak tuntut ganjaran ni? Mudah je:
- Tempah mana-mana lawatan musim bunga ke Jepun yang tertera di laman kempen “No Gloom, No Bloom” Klook.
- Jika sakura tak kelihatan semasa lawatan, ambil gambar sebagai bukti.
- Hantar gambar dan butiran ke Klook melalui borang dalam laman tersebut sebelum 6 April 2025, jam 11:59 malam (GMT+8).
- Klook akan semak permohonan anda dan jika layak, kod promosi akan diberikan.
Selain itu, Klook juga tawarkan sehingga 4 kali ganda KlookCash untuk tempahan seperti lawatan, hotel, kereta sewa dan pengangkutan di destinasi terpilih sepanjang tempoh kempen ini.
Destinasi Paling Popular Untuk Musim Sakura 2025
Tak dinafikan, Jepun masih menjadi pilihan utama untuk melihat sakura, dengan 78% pelancong memilihnya. Tapi apa yang menarik, pengaruh media sosial mula mengubah trend, dengan 68% pelancong kini mempertimbangkan destinasi alternatif seperti Korea Selatan, Taiwan dan Tanah Besar China.
Tanah Besar China pula mencatat peningkatan mengejutkan – tujuh kali ganda berbanding tahun sebelumnya! Lebih menarik lagi, 57% pelancong Malaysia tak tahu pun bahawa China ada musim sakura sendiri, menjadikan ia sebagai satu “hidden gem” yang menanti untuk diterokai.
Apa Yang Pelancong Harapkan Dari Pengalaman Sakura?
Bagi ramai pelancong, pengalaman melihat sakura bukan sekadar tentang bunga, tapi satu kenangan yang mendalam. Antara yang paling dinanti-nantikan:
- Keindahan alam semula jadi yang luar biasa
- Peluang merakam gambar yang ‘instagrammable’
- Melawat mercu tanda bersejarah yang dihiasi sakura
Disebabkan keterujaan inilah, 1 daripada 3 pelancong Malaysia sanggup berbelanja 20% lebih hanya untuk pengalaman melihat sakura, berbanding aktiviti percutian lain.
Lawatan-Lawatan Musim Sakura Yang Popular di Klook
Untuk memudahkan perancangan, Klook juga menyediakan beberapa pakej lawatan eksklusif sempena musim sakura, antaranya:
- Kyoto – Lawatan sehari ke Amanohashidate, Ine Funaya & Perkampungan Gassho Miyama (Bertolak dari Osaka)
- Gunung Fuji – Lawatan khas musim sakura meliputi Taman Yagizaki, Oshino Hakkai, Taman Sengen & Pokok Sakura di Sungai Meguro / Taman Ueno (Bertolak dari Tokyo)
- Tokyo – Lawatan sehari melihat sakura di Taman Ueno, Chidorigafuchi & Sungai Meguro pada waktu malam (Bertolak dari Tokyo & termasuk makan tengah hari)
Pakej-pakej ini direka khusus untuk memberikan peluang maksimum kepada pelancong menyaksikan sakura mekar dalam suasana terbaik.
Apa Kata Budiey?
Budiey sangat tertarik dengan pendekatan proaktif yang diperkenalkan oleh Klook melalui kempen “No Gloom, No Bloom” ini. Ia bukan sahaja mencerminkan komitmen Klook untuk memahami realiti pelancong masa kini, tetapi juga menunjukkan bagaimana industri pelancongan boleh lebih fleksibel dan responsif terhadap perubahan cuaca serta kehendak pengguna.
Budiey cadangkan kepada anda yang masih berkira-kira untuk melancong sempena musim bunga, ambil peluang ini dan manfaatkan tawaran dari Klook. Tak perlu lagi risau terlepas sakura, sebab sekarang dah ada jaminan yang melindungi percutian anda.
Malah, dengan adanya pelbagai destinasi baharu seperti Tanah Besar China, pilihan anda jadi lebih meluas. Rancang awal, tempah dengan bijak dan jangan lupa simpan bukti kalau sakura tak mekar – sebab ada ganjaran menanti!
Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/nobloomnogloom