in

KL TOWER International Towerthon Challenge 2017

Acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’ kembali lagi buat kali ke-16 pada Ahad, 14 Mei 2017. Acara tahunan ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji kekuatan fizikal dan mental serta menawan puncak Menara Kuala Lumpur.

Tahun ini, ianya bertemakan ‘Let’s Be Victorious’ bakal menyemarakkan lagi demam SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017.

International Towerthon Challenge 2017

Perlumbaan ini akan bermula di kawasan parkir terbuka Menara Kuala Lumpur di mana peserta perlu berlari mendaki bukit sejauh 800 meter sehingga ke lobi Menara Kuala Lumpur. Seterusnya, mereka perlu memanjat 2,058 anak tangga sehingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak 288 meter dari aras bumi.

“Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 1998, rekod terbaik yang dicatatkan oleh peserta lelaki Malaysia setakat ini adalah 11 minit 56 saat, manakala peserta wanita Malaysia mencatatkan masa terbaik 14 minit 51 saat. Kami berharap peserta tempatan pada kali ini akan lebih kompetitif untuk memecahkan rekod yang tercipta sebelum ini”, kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“Istimewa pada edisi tahun ini, ia diadakan sebagai acara sokongan untuk menghangatkan lagi bahang SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017. Disamping itu, kami memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu Kategori Selebriti.

Di mana kategori ini adalah diatas undangan khas dari pihak Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada para selebriti yang meminati sukan lasak dan ingin mencabar diri untuk bersama-sama mendaki 2,058 anak tangga di KL Tower. Ini bermakna, pada tahun ini, terdapat 9 kategori yang akan dipertandingkan”, tambah beliau lagi.

Setelah 16 tahun penganjurannya, acara berprestij ini telah menjadi acara sukan lasak utama Menara Kuala Lumpur dan ia bertepatan dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur untuk mempromosikannya Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi Kebudayaan (Culture), Aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam Semulajadi (Nature).

Peserta mestilah berumur 13 tahun dan keatas. Yuran penyertaan ‘Pendaftaran Awal’ – sebelum 31 Mac 2017 bagi peserta dewasa ialah RM65.00, pelajar sekolah ialah RM30.00 dan peserta dari luar negara ialah RM90.00, manakala bagi peserta kelainan upaya (OKU), yuran penyertaan adalah percuma. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Mei 2017.

Pelbagai hadiah lumayan dan menarik boleh dimenangi para peserta, dimana secara keseluruhannya bernilai RM48,500.00. Rekod Masa Terbaik bagi individu lelaki dan wanita Malaysia juga akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM2,000.00 setiap seorang.

Kepada para peminat acara ‘KL Tower International Towerthon Challenge’, anda masih berpeluang untuk mendaftar dengan cara menghubungi talian 03-20205448 / 03-20205499 atau layari laman sesawang kami di www.menarakl.com.my untuk maklumat selanjutnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Scha Al Yahya & Nazim Othman Dalam Telemovie CIK KEJU IKAN MASIN di TV1

An Intimate Evening With Afgan Syahreza di The Royale Chulan