KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2011
“KL Tower International Jump Malaysia 2011” kembali lagi. Acara sukan ekstrim Menara Kuala Lumpur yang dikenali di peringkat antarabangsa ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 28 September – 2 Oktober 2011
Masa : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Menara Kuala Lumpur
Objektif utama KLTIJM 2011 adalah untuk mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan di Menara Kuala Lumpur serta mempromosi sukan terjunan BASE kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Acara kali ke-11 ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland, Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand, Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.
“Tahun ini, lokasi terjunan akan tertumpu di Menara Kuala Lumpur bagi memberikan peluang kepada para penerjun membuat terjunan di lokasi kegemaran mereka di rantau ini” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.
Kemahiran, keberanian dan keazaman serta pengetahuan dalam objek geometri, kawasan pendaratan dan keadaan cuaca mendorong penerjun-penerjun ini membuat terjunan dari menara ini, dengan ‘jatuh bebas’ (‘free fall’) selama tiga saat, yang memberikan debaran dan kejutan kepada pengunjung yang menyaksikannya.
Terjunan diwaktu malam yang telah diperkenalkan pada tahun lalu, akan turut teruskan pada tahun ini mulai 7.00 malam hingga 10.00 malam iaitu pada 30hb September 2011 dan 1hb Oktober 2011.
Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung, pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00 untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu malam.
Pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.
Marilah berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my