Susulan kejayaan poscast Keluar Sekejap (KS) yang berjaya meraih lebih 241,000 pelanggan (subscriber) dalam tempoh kurang setahun, pengendalinya juga bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan bakal menganjurkan festival audio siar pertama di Malaysia tahun depan.
Khairy atau mesra disapa sebagai KJ berkata, festival itu akan menampilkan barisan ‘podcaster’ terbaik dari Malaysia dan Singapura.
Dan lebih 20 sesi akan diadakan termasuk sesi rakaman langsung, bengkel dan banyak aktiviti bersama peminat, pendengar podcast dan individu yang berminat mengadakan audio siar sendiri.
“Podcast berkembang menjadi pasaran idea dinamik dan kini, mengukuhkan kedudukan dalam industri penyiaran.
– Khairy Jamaluddin
“Bekerjasama dengan Media Prima menerusi pesta audio siar ini akan menguatkan platform, bakat dan memberikan kesedaran lebih meluas kepada orang ramai termasuk mereka yang tidak menggunakan kandungan dalam medium ini,”
KL PodFest 2024 dipercayai akan menjadi platform pencipta mempamerkan perspektif, cerita dan bakat unik ‘podcaster’.
Acara sedemikian mampu memupuk kreativiti, dialog silang budaya dan peluang ekonomi, di samping menarik peserta dan penonton antarabangsa.
KJ berkata, ia juga dipercayai boleh merapatkan jurang antara ‘podcaster’ dan pendengar serta menjemput pendengar baharu ke dunia perkongsian idea dan podcast.
“Tiada genre yang tertinggal kerana kami mengalu-alukan semua topik daripada hal ehwal semasa, gaya hidup, sukan dan banyak lagi,”
– Khairy Jamaluddin
Khairy ditemui pada sidang media KL PodFest 2024 di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), di sini, pagi tadi.
Dalam pada itu, Nazri yang turut bertindak sebagai presiden Radio Komersial Malaysia (CRM) berkata, pihaknya percaya kerjasama dengan pesta audio siar itu adalah sinergi yang mampu membawa dunia podcast ke peringkat yang lebih tinggi.
“Perjalanan kami dengan podcast menerusi platform Audio+ dan laman web rasmi kami, merangkumi lebih 148 judul yang terdiri pelbagai bahasa dan topik. Ia mencerminkan komitmen kami terhadap medium yang sedang berkembang ini.
– Khairy Jamaluddin
“Podcast juga bukan satu benda baharu dalam dunia penyiaran radio dan kita boleh lihat bagaimana dua perkara ini berkaitan.
Kami nampak podcast mempunyai potensi untuk berkembang dan semakin ramai yang mahu mendengar.
“Jadi kami di MPB percaya KL PodFest 2024 bukan sekadar acara yang menghimpunkan barisan ‘poscaster’ sahaja, malah satu anjakan penting dalam perjalanan kami,”
Tiket akan mula dijual bermula 1 Disember ini dengan harga bermula RM30 hingga RM60. Antara podcast yang akan terbabit pada festival itu nanti adalah Tiber, Malam Seram, Financial Faiz, OKLETSGO, Mr Money TV, SneakerLAH, Mamak Sessions by Jinnyboy, The Amin Idris Show, TTYL, Head Over Heels by Maggy Wang, Balls Deep by The Takeaway, Table Talk by The Takeaway dan Ajar.
Barisan podcast dan jadual penuh akan diumumkan pada 15 Januari depan.