in

KL MOTION PICTURES Mengeluarkan Siri Dokumentari Mengenai Sejarah Sebenar Melaka

KL Motion Pictures, sebuah syarikat penerbitan Malaysia yang terkenal dengan dokudrama sejarah seperti Warkah Terakhir (Rosli Dhoby), Lembing & Layang (Senoi Praaq), Natrah dan Pondok Pak Ya, hari ini mengeluarkan sebuah siri dokumentari yang mengupas kebenaran tentang sejarah Melaka. Dokumentari enam episod yang bertajuk ‘Melaka Unwritten’ atau ‘Melaka yang Tersirat’ ini merupakan hasil usahasama antara KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd. dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

KL MOTION PICTURES

KL MOTION PICTURES Mengeluarkan Siri Dokumentari Mengenai Sejarah Sebenar Melaka

Wan Hasliza Wan Zainuddin, penerbit eksekutif Melaka yang Tersirat, menyatakan yang dokumentari ini mempersembahkan teori dan sejarah berkenaan Melaka di abad ke-15 secara formal dalam bentuk visual bergerak. Dokumentari ini bukan sahaja meliputi pelbagai aspek berkenaan sejarah Melaka, tetapi ia juga menyentuh tentang sejarah Asia Tenggara dan juga seluruh dunia dalam bab-bab tertentu.

Pasukan penyelidik KL Motion Pictures telah mengambil masa hampir dua tahun untuk mengumpulkan bahan-bahan untuk dokumentari ini. Dokumentari ini bukan sahaja mengandungi wawancara dengan ahli sejarah bebas seperti The Patriots dan Razi Shafie, tetapi juga sejarawan terkemuka dan pakar bidang khusus seperti Professor Dato’ Dr. Yusoff Hashim, Tan Sri Khoo Kay Kim, Professor John N. Miksic dan ramai lagi.

Dokumentari ini juga memaparkan pembuatan semula, grafik dan kesan visual (VFX) yang memegunkan. Kesan visual digunakan bagi penggambaran semula kota Melaka, jambatan Melaka, pelabuhan dan sebahagian daripada bandar bertembok Melaka.

Melaka yang Tersirat akan disiarkan di saluran televisyen Malaysia dan Singapura dalam masa yang terdekat ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di media tempatan dan di laman web KL Motion Picture.

KL MOTION PICTURES

###
TENTANG KL MOTION PICTURES
KL Motion Pictures ialah sebuah syarikat produksi Malaysia dengan pengkhususan dalam Bahan Audio Visual untuk TV dan layar perak. Kami mengutamakan kualiti daripada kuantiti, dan kami sentiasa berusaha untuk mencipta produk-produk yang bukan hanya menghiburkan tetapi juga segar dan mudah dihayati. Kami juga percaya akan kepentingan pendidikan melalui hiburan, seperti mana yang kami sentiasa cuba untuk ketengahkan dalam produk-produk kami.

KL MOTION PICTURES

KL MOTION PICTURES

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Jadi Apabila 120 Peminat Beraya Bersama Fattah Amin

Taeyang Dedahkan Album Terbaru Adalah Album Terakhir Buat Peminat