in

KL Gangster 2 Kutip RM1.2Juta di Hari Pertama Tayangan

BREAKING NEWS: Baru sekejap tadi, Budiey telah mendapat perkhabaran dari pengarah Syamsul Yusof tentang jumlah kutipan filem KL Gangster 2 untuk hari pertama (Khamis, 3 Oktober 2013) semalam telah berjaya mengutip RM1.2 juta. Ini bermakna, jumlah ini hanya beza RM300ribu dari KL Gangster pertama (RM1.5 juta) untuk hari pertama. Tahniah! Ini satu petanda yang baik dan positif!

Filem ini telah menjengah pawagam beberapa hari sebelum tayangan rasmi iaitu mulai 27 September lalu. Tarikh tayangan di seluruh pawagam ialah pada 3 Oktober 2013. Budiey dapat feedback dan respon yang sangat positif untuk filem ini dengan mengikuti hashtag #KLGangster2 di Twitter. Kebanyakan pawagam juga menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hati produser Datuk Yusof Haslam selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.

Ternyata, filem yang menelan belanja RM4.5 juta ini masih mendapat sokongan dari penggemar filem dan peminat. Ramai peminat Aaron Aziz aka Aaronators, peminat Zizan Razak dan peminat Rosyam Nor datang membanjiri pawagam. Walaupun telah tertiris di internet dan menjadi mangsa cetak rompak, Budiey boleh andaikan jumlah kutipan untuk hari pertama ini sangat memberangsangkan.

Budiey juga mengharapkan agar pengarah Syamsul Yusof tidak putus asa dan teruskan perjuangan dalam memajukan dunia perfileman Malaysia.

Syabas buat Skop Productions & Grand Brilliance! Semoga kutipan lebih tinggi pada hari Sabtu dan Ahad ini. Jom, sokonglah filem Malaysia!

KL GANGSTER 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Harith Iskander Selamat Melahirkan Anak Kedua

Lirik Infiniti Cinta Kaka Azraff & Zizan Razak