in

KL Converge! 2015 Sediakan Pengalaman Digital untuk Semua

Robot, drone, pembangunan aplikasi, ekonomi digital, kemasyuran YouTube – jika anda berminat dengan pilihan tersebut, kunjungilah KL Converge! 2015. Persidangan dan pameran tahunan ini dianjurkan untuk mempamerkan gabungan komunikasi dalam memajukan gaya hidup digital untuk semua rakyat Malaysia.

KL Converge! 2015 akan berlangsung dari 27 hingga 29 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang akan menjanjikan keterujaan dan penuh dengan maklumat yang terkini. Aplikasi, bengkel dan pameran teknologi yang berkaitan dengan Internet Segala-galanya Internet of Things/IoT akan dipamerkan bagi membuka jalan untuk gaya hidup digital selari dengan aspirasi untuk menjadi sebuah negara digital pintar.

Pada tahun ini, barisan penceramah terdiri daripada nama-nama terkemuka tempatan dan antarabangsa dari industri muzik, Internet, filem dan bidang pembangunan aplikasi. Pembangun aplikasi profesional dan pelajar yang ingin menerokai kemahiran pengaturcaraan, akan dapat mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti pembangunan aplikasi dan godaman.

“Internet telah menjadi pendorong yang kuat dalam semua bidang di dalam kehidupan kita. Kita sedang menyaksikan era kemunculan pesat perniagaan dalam talian dan berjuta-juta transaksi dalam talian dan mudah alih. Pembelajaran dalam talian telah menjadi keutamaan dan terdapat kenaikan dalam penggunaan kandungan dalam talian untuk hiburan,” kata Pengerusi SKMM, Dato’ Sri Dr Halim Shafie. “Ini adalah masanya untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan oleh industri yang sedang meningkat naik dengan menjadikan Malaysia sebuah negara digital pintar dan ekonomi yang berasaskan inovasi”.

Tambah beliau, “KL Converge! telah menjadi platform yang berjaya merapatkan jurang antara inovasi dan kreativiti Malaysia dengan rantaian bekalan kandungan multimedia global. Ini adalah cara yang berkesan membina jatidiri industri dalam usaha merealisasikan potensinya sebagai jentera yang menjana pekerjaan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa peluang amat luas begitu juga dengan bakat tempatan kami.”

Malaysia adalah pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke 26 pada tahun ini dan KL Converge akan menyaksikan penyatuan negara-negara ASEAN. Terdapat fokus yang kuat kepada usaha pengkomersilan dalam bidang komunikasi tertumpu di samping menangani cabaran-cabaran baru, seperti ancaman siber, kerjasama sektor swasta dan awam dan pemeliharaan nilai-nilai budaya ASEAN.

Antara acara kemuncak KL Converge! 2015 adalah Simposium dan Pameran Gaya Hidup Digital. Penceramah dari kedua-dua industri dan sektor awam akan mempunyai peluang untuk membincangkan unsur-unsur utama untuk memperkasa sebuah negara pintar digital termasuk Ekonomi Digital, Pembelajaran Digital, Digital Inovasi dan Tadbir Urus Digital.

Rakyat Malaysia yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut gaya hidup digital boleh mengambil bahagian dalam Pameran Gaya Hidup Digital Malaysia dan myMaker. Kedua-dua acara tersebut akan menampilkan ciptaan bidang robotik, pengaturcaraan, pembangunan aplikasi dan banyak lagi. Jika anda ingin melihat robot dikawal oleh aplikasi telefon mudah alih, pasti sesi ini untuk anda.

Selaras dengan agenda membangunkan kemahiran bakat tempatan kita di masa depan, beberapa aktiviti menarik telah dirancang terutamanya untuk membawa bersama-sama dan mendidik pemaju dan ahli teknologi muda. Antaranya ialah Malaysia Developers’ Day, yang akan menyaksikan pencipta dan usahawan membina aplikasi mudah alih sepanjang 24 jam. Memberi tumpuan kepada tema “Internet Segala-galanya (IoT)”, pasukan yang menang pada Hari Pemaju Malaysia akan menerima hadiah wang tunai US$1,000. Pemenang juga berpeluang membentangkan aplikasi mereka di gala makan malam KL Converge! 2015 dan satu pasukan akan membawa pulang hadiah utama bernilai US$10,000.

Di samping itu, lima pasukan terpilih dari sekolah-sekolah menengah akan turut hadir di KL Converge! 2015 untuk berkongsi idea berkenaan penyertaan mereka kepada panel hakim untuk pertandingan video Liga Remaja Kreatif. Pada masa yang sama, sesi Game Jam 2015 akan memaparkan aplikasi yang dibangunkan oleh belia Malaysia yang kreatif dari 12 buah sekolah menengah. 60 pelajar dari 12 buah sekolah juga akan mengambil bahagian dalam Bengkel Pendidikan Lego yang memberi tumpuan kepada pengaturcaraan dan pro-aktif penyelesaian masalah kemahiran menggunakan Lego.

KL Converge! 2015 adalah terbuka kepada khalayak ramai secara percuma. Pendaftaran boleh dibuat di: https://www.klconverge.my/Register. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang menarik, sila layari https://www.facebook.com/KLConvergeMY

Tentang KL Converge 2015
KL Converge! merupakan persidangan tahunan dan pameran untuk menunjukkan kuasa komunikasi tertumpu dalam memajukan gaya hidup digital untuk semua rakyat Malaysia. Acara ikonik ini seterusnya memberi ruang kepada multimedia, aplikasi, Internet dan pemain-pemain industri kandungan kreatif untuk berkongsi idea dan menyedari peluang-peluang baru. KL Converge, merapatkan jurang antara inovasi dan kreativiti Malaysia dan kandungan multimedia rantaian bekalan global, menjadikan industri ini enjin pertumbuhan dan penyumbang penting kepada KDNK negara. Tahun ini, KL Converge! direka sebagai multi-platform persidangan industri kreatif dan pameran yang mempamerkan pencapaian terbaru dan peluang dalam muzik, filem, permainan dan ruang Internet dengan lampu khas di negara-negara ASEAN.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Fesyen SYOMIRIZWA GUPTA di KLFW2015

Najwa Mahiaddin Lancar Video Muzik Lagu AFTER THE RAIN