Untuk pengetahuan anda, KL Bird Park telah tawarkan promosi tiket masuk RM6 untuk kanak-kanak dan RM16 untuk dewasa. Pastinya promosi ini berbaloi untuk anda grab kerana bukan selalu promosi ini ditawarkan.
Harga tiket sepanjang tempoh promosi ini hanya boleh didapati sehingga 31 Julai 2020 ini sahaja! Waktu beroperasi pula setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.
Tidak rugi jika anda ke sini kerana bukan sahaja dapat beriadah kerana kawasannya yang luas tetapi dapat juga menghirup udara segar dan bermesra dengan burung.
Difahamkan terdapat lebih dari 3000 burung dari kira-kira 200 spesies yang berbeza. Tunggu apa lagi? Ayuh ke KL Bird Park.
Sementara itu, KL Hop-On Hop-Off pula tawar tiket percuma. Bolehlah lepas ke KL Bird Park, ronda-ronda Kuala Lumpur naik bas pula.