Sudah tentu ramai yang gembira apabila Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar kembali beraksi dalam barisan kementerian. Pesona Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini bukan sahaja diakui oleh para penyokong, malahan hampir keseluruhan rakyat Malaysia.
Namun, kali ini, Menteri Kewangan yang baru dilantik, YBM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz turut mencuri tumpuan warganet kerana merupakan seorang pelari jarak jauh yang kerap menyertai marathon di seluruuh dunia.
Menteri Paling Fit Setakat Ni
Menteri paling fit dalam barisan Menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin. Kedua-duanya adalah triathlete tegar yang tak kurang hebatnya.
Tengku Zafrul finisher 6 World Marathon Majors & Ironman Finisher. KJ Half Ironman & Powerman Long Distance finisher . Don’t play play
Bukan Biasa-Biasa Dua Orang Ni
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menyatakan bahawa menteri-menteri di dalam kabinet baharu turut hebat dalam bersukan kerana fit serta aktif di luar bidang kerja.
Umum sedia maklum bahawa Khairy Jamaluddin atau KJ sudah beberapa kali menyertai saingan 70.3 km Ironman dan berjaya menghabiskannya. Manakala, Tengku Zafrul sudah 6 kali menghabiskan saingan marathon dunia yang disertai.
Jangan Diorang Ajak Lari Marathon Baru Budget Lulus
Senang kata, kedua-dua figura hebat ini merupakan individu yang fit serta aktif dalam melakukan aktiviti kecergasan. Keduanya sudah tentu menjadi idola anak-anak muda yang gemar mengikuti aktiviti sebegitu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Twitter dengan berasa kagum dengan kedua-duanya.
Menteri KBS Baru Fit Tak?
Namun ada juga yang mengusik mengenai Menteri Belia dan Sukan yang baharu adakah sama fit seperti kedua-dua menteri ini?