Pada jam 11 pagi tadi, telah berlangsung satu pelancaran program realiti TV terbaru anjuran KIX HD dan Astro yang diberi nama Are You Tough Enough? di pintu utama Sunway Pyramid. Pelancaran ini turut menampilkan gimik tersendiri apabila mengundang salah seorang peserta Zarol Alfiyan atau Baby Ox menarik dua buah kereta Hummer dengan menggunakan kekuatan fizikalnya sejauh 100 meter.
KIX HD (Saluran Astro 729), saluran hiburan aksi HD No. 1 secara rasminya memulakan pencarian Insan yang Paling Gagah di Malaysia bagi membuka tirai Cabaran “Adakah Anda Cukup Gagah?â€. Dalam acara pembukaan tersebut, Hercules Malaysia, Zarol ‘Baby Ox’ Alfiyan mengagumkan semua dengan menarik dua kereta Hummer hanya dengan kekuatan sendiri. Aksi hebat ini melambangkan cabaran “Adakah Anda Cukup Gagah†yang terbuka kepada penghuni di Malaysia.
[pullquote]Pencarian Insan yang Paling Gagah di Malaysia Membuka Tirai Cabaran “Adakah Anda Cukup Gagah?†Anjuran KIX HD dan Astro[/pullquote]
Ia juga menandakan bermulanya usaha KIX HD dan Astro mencari sepuluh Insan yang Paling Gagah di Malaysia, yang akan berlangsung selama sebulan. “KIX HD menzahirkan kelasakan serta keberanian yang ditonjolkan oleh peninju-pininju MMA (seni mempertahankan diri campuran) kita, pelbagai filem dan siri aksi yang hebat, serta peserta-peserta rancangan realiti yang mendebarkan jantung anda. Inilah sebab kami mengemukakan cabaran kepada penonton-penonton kami – “Adalah Anda Cukup Gagah?†Kami berminat mencari sekurang-kurangnya sepuluh penonton kami yang gagah perkasa seperti wira dan wirawati dalam pelbagai rancangan di saluran kita. Kami berharap dapat menemui peserta-peserta yang berani menyahut cabaran serta menonjolkan kelasakan mereka,†ungkap Andy Chang, Naib Pengerusi, Pemasaran Celestial Tiger Entertainment, Hong Kong.
“KIX HD merupakan salah satu saluran HD yang paling popular di Astro dan kami berasa amat teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan mereka untuk mencari Insan yang Paling Gagah di Malaysia. “Adakah Anda Cukup Gagah†merupakan salah satu lagi program KIX HD yang dibawa keluar dari kaca TV untuk memberi pengalaman yang menakjubkan khas kepada para penonton kami,†kata, Agnes Rozario, Naib Pengerusi, Kumpulan Program, Astro.
Bagi merekrut para peserta, KIX HD akan menghantar “Tough Troopers†mereka ke hotspot di Lembah Klang bagi mencari peserta-peserta yang lasak dan mencabar mereka menunjukkan kekuatan mereka menerusi beberapa ujian yang telah dirancangkan. Sepuluh finalis akan dipilih untuk bertarung dalam cabaran “Adakah Anda Cukup Gagah†bagi merebut gelaran “Insan yang Paling Gagah di Malaysia†serta hadiah utama yang bernilai RM30,000. Acara finale cabaran ini akan berlangsung pada 26 April 2014, 2pm – 4pm di Orange Concourse, Sunway Pyramid.
“Acara finale yang bakal diadakan di Sunway Pyramid akan menyaksikan ciri kelasakan para peserta, sepertimana yang ditunjukkan oleh peninju yang bertanding dalam seni mempertahankan diri campuran. Ia akan mencabar semua peserta dari segi kekuatan fizikal serta mental, sekaligus mencabar batasan diri mereka dan menjadikan mereka lebih kuat dan lasak,†kata Peter Davis, juara MMA Malaysia, pelakon serta model.
Cabaran ini terbuka kepada semua penghuni di Malaysia. Sesiapa juga boleh memohon dalam talian di www.KIX-TV.com/tough. Untuk memperoleh maklumat lanjut, sila layari laman web atau “like†laman Facebook KIX HD di www.facebook.com/WatchKIX. Berocca merupakan penaja utama Cabaran “Adakah Anda Cukup Gagah?â€, manakala Sunway Piramid merupakan penaja tempat. Penaja-penaja sokongan lain termasuk Everlast, Fitness First dan GNC.
Mengenai Celestial Tiger Entertainment
[dropcap]C[/dropcap]ELESTIAL TIGER ENTERTAINMENT (CTE) merupakan syarikat media pelbagai cabang yang komited memberi hiburan kepada para penonton di Asia dan luar Asia. Ia memberi tumpuan kepada operasi saluran TV berbayar, penghasilan kandungan program serta pengagihan program yang disasarkan kepada para pengguna di Asia.
Ia mengendalikan pelbagai saluran TV berbayar termasuk: CELESTIAL MOVIES (saluran filem Cina 24 jam yang mempunyai liputan yang paling luas di dunia), CELESTIAL CLASSIC MOVIES (saluran filem-filem Cina yang terhebat dalam sejarah), CELESTIAL MOVIES HD (saluran filem-filem Cina terbaru dalam HD), cHK (hiburan Hong Kong oleh bintang-bintang Hong Kong yang paling terkemuka), KIX dan KIX HD (saluran aksi yang paling hebat dan popular di Asia) dan THRILL (satu-satunya saluran filem suspen dan seram di Asia).
Sebagai salah sebuah syarikat hiburan bersepadu yang paling terkemuka di Asia, CTE menghasilkan rancangan tulen yang bersesuaian dengan perniagaannya. CTE juga merupakan ejen jualan eksklusif bagi Lionsgate di China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, serta mewakilinya di Japan dan Korea untuk mengendalikan rancangan TV.
Ibu pejabat CTE terletak di Hong Kong dan pemegang saham utamanya terdiri daripada Saban Capital Group (syarikat pelaburan swasta terkemuka yang mengkhusus dalam industri media, hiburan, dan komunikasi), Celestial Pictures (salah satu syarikat hiburan yang terbesar di Asia dan merupakan anak syarikat milik penuh Astro, serta pemilik dan pengendali platform DTH di Malaysia), dan Lionsgate (studio hiburan bebas yang terbesar di dunia).
Untuk memperoleh maklumat lanjut, sila layari www.celestialtiger.com.
Mengenai Astro Malaysia Holdings Berhad
[dropcap]A[/dropcap]stro Malaysia Holdings Berhad merupakan kumpulan hiburan media pengguna bersepadu yang terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara. Perusahaannya terdiri daripada 4 bahagian utama, iaitu TV-Bayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital.
Dengan pelanggan yang melebihi 3.7 juta pelanggan kediaman atau kira-kira 55% keluarga yang memiliki TV, Astro menawarkan 170 saluran TV termasuk 38 saluran HD yang disiarkan menerusi platform TV satelit DTH, IPTV dan OTT. Astro membekalkan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV menerusi Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Bagi menepati janji mengatasi jurang digital antara semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit bukan langganan yang pertama, dan menawarkan 22 saluran TV dan 20 saluran radio.
Astro memiliki keupayaan penerbitan yang tinggi. Kami merupakan penerbit rancangan vernakular yang utama bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta bertutur dalam pelbagai bahasa. Kami menerbitkan kira-kira 9,000 jam rancangan setiap tahun yang merangkumi pelbagai genre, sekaligus menguasai ruangan komedi, Islam, hiburan dan pendidikan serta Hokkien.
Astro Radio merangkumi saluran-saluran radio yang paling mendapat sambutan dalam pelbagai bahasa, dan boleh didapati dalam saluran bumi dan digital. Ia mencecah kira-kira 12.2 juta pendengar mingguan, dan menguasai 51% pendengar radio di Malaysia. Astro juga menerbitkan majalah hiburan serta gaya hidup. Bahagian digitalnya pula terlibat dalam penerbitan digital, aplikasi dan pelbagai platform.
Astro merupakan pemenang anugerah peringkat “Gold†bagi kategori Media dan Hiburan Anugerah Jenama Putra bagi 4 tahun berturut-turut dari 2010 hingga 2013, termasuk anugerah “Brand of the Year†pada 2012 dan anugerah “Brand Icon†pada 2013. Baru-baru ini, Astro juga berjaya memenangi tiga Anugerah Stevie di Anugerah Perniagaan Antabangsa 2013 bagi inisiatif-inisiatif CSR yang dijalankan. Pelbagai anugerah ini adalah untuk mengiktiraf usaha-usaha Astro mengorak langkah menjadi contoh inovasi, kualiti dan tanggungjawab sosial korporat yang baik.