in , ,

Jom Sertai KITKAT Berkongsi Rezeki Sempena Bulan Ramadan & Syawal Ini

RM0.10 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan dengan setiap pembelian pek KITKAT

Kedatangan bulan Ramadan dan Syawal mengalu-alukan nilai-nilai murni seperti saling berkongsi dan menyayangi, serta sifat sentiasa bersyukur. Bulan yang suci ini sering disambut bersama mereka yang tersayang oleh orang Muslim di seluruh dunia, selain menggalakkan sifat-sifat murni buat diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita. 

Dalam usaha untuk terus mengukir senyuman, KITKAT ingin berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama para penggemarnya pada musim perayaan ini.

KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

KITKAT menghayati kebaikan Ramadan melalui kempen #RezekiDikongsiBersama yang akan berlangsung di seluruh negara mulai 1-April hingga 31-Mei 2022. Sepanjang tempoh ini, dengan setiap pembelian pek KITKAT, RM0.10 akan didermakan kepada rumah kebajikan terpilih, termasuklah Yayasan Food Bank Malaysia, Dignity for Children Foundation dan EPIC Homes.

Kempen #RezekiDikongsiBersama turut memacu #SupportLokal melalui kerjasama dengan dua perniagaan tempatan. Salah satunya ialah “BINGKA”, sebuah jenama reka bentuk yang unik berasaskan budaya Malaysia. Kolaborasi ini bakal membawakan barangan eksklusif BINGKA x KITKAT yang istimewa untuk dijual sempena berlangsungnya kempen ini, termasuk sebuah balang kaca Luminarc KITKAT rekaan BINGKA. 

KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Perniagaan kedua pula ialah “Sugar and I“, sebuah kedai roti disukai ramai yang akan menjual bombolini berperisa KITKAT. Sejajar dengan misi kempen, kedua-dua rakan kongsi hebat ini akan turut mengambil bahagian untuk mendermakan seperatus daripada jualan mereka sepanjang tempoh kempen berlangsung. 

Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan untuk Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia dan Singapura, berkata “Ramadan sering disambut dengan perasaan murah hati dan ihsan. Dengan itu, KITKAT ingin menjadi sebahagian daripada sambutan ini. Sebagai sebuah jenama coklat kesukaan rakyat Malaysia, kempen ini merupakan satu cara kecil untuk kami melibatkan diri pada musim perayaan yang cukup bermakna ini. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini telah dipilih atas usaha murni yang mereka lakukan serta teladan baik yang dipamerkan. Sumbangan melalui kempen ini diharap akan dapat menyokong program-program mereka di masa hadapan dan membawakan lebih kebaikan buat masyarakat yang memerlukan.”

KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

Yayasan Food Bank Malaysia mengagihkan bantuan makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik manakala Dignity for Children Foundation sedang berusaha untuk membasmi kitaran kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar melalui pendidikan berkualiti. EPIC Homes pula membantu mempertingkatkan taraf hidup dengan membina dan menyediakan tempat perlindungan, dengan tumpuan khas buat masa ini terhadap komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

KITKAT Berkongsi Rezeki Bulan Ramadan Dan Syawal Ini

KITKAT meraikan perayaan ini bersama para penggemarnya menerusi keluaran produk Edisi Raya dengan reka bentuk perayaan baharu menghiasi bungkusannya. Produk-produk istimewa inspirasi Raya ini termasuk Balang Kaca KITKAT Luminarc dengan 2 Beg Kongsi Mini KITKAT, Pek Pelbagai Perayaan KITKAT 4F 3+1, Sarung Perayaan Beg Kongsi KITKAT 12s dan Sarung Raya KITKAT Senses. 

KITKAT juga menawarkan cara baharu untuk anda berkongsi keseronokan Raya! Tunjukkan bagaimana anda Berkongsi Rezeki menggunakan filter #RezekiDikongsiBersama, dan jangan lupa saksikan video muzik Raya mereka serta hantarkan ucapan Raya kepada orang tersayang melalui KITKAT E-greeting.

#KITKATEasyRecipeasy

Terokai kreativiti di dapur pada bulan Ramadan dan Syawal ini. KITKAT menjemput para peminatnya untuk mencuba resipi-resipi yang sesuai untuk musim perayaan ini.

• KITKAT Nestum Cookie Cups

• KITKAT Kuih Cara Manis Pandan

Video baharu #KITKATEasyRecipeasy akan disiarkan di https://www.youtube.com/KitKatMalaysia

Lawati kami di https://www.facebook.com/kitkatmalaysia atau https://www.dearnestle.com.my/ untuk maklumat lanjut.

#KITKATMalaysia

#HaveABreakHaveAKITKAT

#RezekiDiKongsiBersama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembalikan Mood Raya, Universal Music Sajikan Lagu Raya dari Penyanyi Popular

Ini Senarai Modus Operandi Wajib Tonton Drama SCAMMER 2 Di Astro RiaÂ