in ,

Media Prima Berhad Lancar Kempen #KitaPunya Sempena Merdeka

Bilakah kali terakhir kita mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan kita? Bilakah kali terakhir kita menjawab kita rakyat Malaysia dengan bangganya? Demi menghidupkan semula semangat itu, Media Prima Berhad telah melancarkan kempen #KitaPunya, sebuah kempen bagi menyambut bulan kelahiran Malaysia.

Logo Kita Punya

NEGARA SIAPA JIKA BUKAN #KITAPUNYA!

Menurut Pengarah Pengurusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Kempen Kita Punya ini dianjurkan sebagai simbol semangat kenegaraan Media Prima Berhad di samping menimbulkan kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya menghargai kemerdekaan negara kita. Dengan semangat itu, kami ingin kongsikan platform-platform kami untuk warga Malaysia mengekspresikan idea-idea ‘semangat kemerdekaan’ mereka. Setiap posting mereka di laman sosial yang menggunakan hashtag #kitapunya dan #sayangimalaysiaku akan kami terima sebagai inspirasi dan dijadikan digital content menarik sepanjang kempen ini berlangsung.”

“Kempen ini juga merupakan kempen integrasi pertama yang melibatkan kesemua platform Media Prima Berhad, seperti mana rakyat Malaysia yang sentiasa menggembleng tenaga dalam menjayakan sesuatu perubahan demi kesejagatan negara. Oleh itu, demi meraikan kesatuan rakyat Malaysia, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Karnival Gegaria #KitaPunya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61. Oleh itu, Media Prima Berhad menyeru kepada semua warga Malaysia untuk menyertai kempen ini sepenuh hati dan tunjukkan rasa cinta anda kepada negara.” ujarnya lagi.

KOL_Bunkface

Kempen ini digahkan dengan penampilan Bunkface sebagai ‘suara’ kempen #KitaPunya dimana lagu ciptaan mereka yang berjudul ‘Kita Punya Malaysia’ diangkat sebagai lagu tema kempen ini. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Sam Bunkface ini turut dirasmikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. untuk digunakan sebagai lagu rasmi kempen Hari Kebangsaan ‘Sayangi Malaysiaku’.

Kempen #KitaPunya ini turut memperkenalkan beberapa personaliti terkenal sebagai rakan-rakan kempen seperti Noh Salleh, Sangeeta Krishnasamy, Ujang ‘Ibrahim’ Anon, Dato’ Sri Bernard Chandran, Aniu, Julian Yee, Khairul Abdul Aziz dan Haikal Mohamad Noh. Pemilihan rakan-rakan kempen ini adalah berdasarkan pencapaian serta jasa mereka di persada dunia dan kebangsaan daripada bidang mereka yang tersendiri.

Demi menghidupkan lagi semangat kenegeraan rakyat Malaysia, sebuah peraduan atas talian diadakan bermula 1 Ogos hingga 9 September 2018. Peraduan ini dibuka kepada semua warga negara yang berumur 18 tahun keatas. Mereka hanya perlu mengekspresikan cerita ‘kebanggaan kepada negara’ mereka dalam bentuk gambar dan kapsyen kreatif di laman-laman media sosial Twitter, Facebook, atau Instagram dan sertakan tanda pagar #kitapunya dan #kitapunyacontest untuk menyertai peraduan ini. Cerita-cerita mereka boleh dikongsi dalam bentuk penulisan atau gambar, dan cerita yang paling menarik akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai sehingga RM10,000.

Poster Peraduan media Sosial

Selain itu, Karnival Gegaria #KitaPunya turut akan memeriahkan minggu perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada Jumaat hingga Ahad, 31 Ogos, 1 dan 2 September 2018 di Putrajaya nanti. Menyediakan zon-zon hebat yang melambangkan lima asas kempen ini iaitu #Kitapunya Suara, #KitaPunya Stail, #KitaPunya Gemilang, #KitaPunya Cerita, dan #KitaPunya Impian sebagai tumpuan menarik para pengunjung. Karnival ini pasti akan menjadi tumpuan golongan milenia kerana karnival ini sentiasa mengikut trend semasa di samping membawakan wajah-wajah personaliti fresh seperti Elfira Loy, Radhi OAG, Nabila Razali, dan ramai lagi.

Zon #KitaPunya Suara akan membariskan penghibur-penghibur muda tanah air untuk meriuhkan suasana, manakala #KitaPunya Stail akan turut memeriahkan karnival ini dengan barisan Foodtruck dan bazar yang akan menjual pelbagai jenis makanan, fesyen, dan hasil seni kraftangan. #KitaPunya Cerita pula akan menghimpunkan personaliti-personaliti terkenal tanah air untuk mereka bertemu peminat dan sesi kongsi. Zon #KitaPunya Gemilang akan menghimpunkan momen-momen bersejarah negara dan Zon #KitaPunya Impian akan memberikan peluang kepada generasi muda untuk bertanding dan memenangi hadiah wang tunai!

Selain itu, Karnival Gegaria #KitaPunya ini juga akan meriuhkan malam para pengunjung pada pukul 9 hingga 11 malam hari Sabtu, 1 September 2018 dengan Konsert Gegaria #KitaPunya. Para pengunjung bakal berhibur dengan barisan penyanyi yang pasti menggamatkan suasana seperti Bunkface, Kugiran Masdo, Misha Omar, Wany Hasrita dan Stacy! Konsert ini juga akan bersiaran langsung dari Putrajaya untuk tatapan peminat tegar Gegaria yang tidak berkesempatan untuk hadir ke karnival mega tersebut di TV3, malam itu.

Selain itu, para pengumpul karya seni halus akan tertarik dengan pameran karya seni yang akan bermula pada 27 Ogos dan berakhir dengan sesi lelong pada Hari Malaysia, 16 September di Galeri Prima. Galeri Prima, galeri seni di bawah akhbar New Straits Times akan mengadakan pameran karya seni yang menggabungkan seniman dan artis Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan bangsa. Pameran anjuran bersama Galeri Prima dan Curate Henry Butcher ini akan akan menyatukan para penggiat seni visual, kolektor dan badan korporat yang secara tidak langsung menggalakkan perpaduan, kebersamaan, sikap altruistik dan semangat cintakan negara selaras dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini, Sayangi Malaysiaku.

KOL_NohSalleh

Hidupkan semangat kenegaraan anda! Suarakan kemerdekaan negara kita! Ekspresikan cerita anda! dan buktikan negara ini adalah KITA PUNYA. Tiada siapa yang akan ketinggalan daripada kempen ini, gunakan tandapagar #kitapunya dan #sayangimalaysiaku untuk serlahkan keperibadian ‘Anak Malaysia’ anda di kesemua laman media sosial anda untuk memenangi hadiah berjumlah RM10,000. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial kami di Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia, @ntv7Malaysia, @8TVMalaysia, dan @TV9Malaysia.

Poster Julian

KOL_Ujang

KOL_Sangeeta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kutipan Hantu Kak Limah Melebihi RM9 juta Dalam Tempoh 4 Hari!

Production Begins On Disney’s Live-Action MULAN