Menerusi video dikongsikan oleh usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Shuhada berkata dia dan Hafidz pernah tinggal di rumah flat dan melalui hidup susah dan senang bersama.
“Kami pernah duduk di flat masa awal kahwin dulu, susah dan senang sama-sama,” katanya.
Dalam perkongsian video itu, Aliff turut menyelami isi hati Nurul Shuhada membabitkan konflik rumah tangganya serta apa yang dirasai oleh ibu kepada dua cahaya mata itu.