Perkongsian terkini bekas pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein di Instagram Story (IGs), malam tadi, menarik perhatian netizen apabila entri berkenaan seolah-olah memberi bayangan mengenai pengundurannya daripada program realiti itu.
Elly seolah-olah sedang mendedahkan punca dirinya tidak bersama dengan dua rakan pengacara program itu iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun, hantaran Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi yang menyentuh soal tanggungjawab dan sikap mengalah menyebabkan netizen membuat spekulasi ia ada kaitan dengan keputusannya berundur daripada ASGV.
Antara lain, Elly meluahkan:
Elly yang meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu, turut meluahkan rasa tidak puas terhadap kenyataan seorang individu yang berbaur sindiran yang didakwa cuba memancing emosinya.
“Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia, dunia… Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik… Makin serlah kelucuan ini.
“Ni baru nama lucu .. tak adalah ia lucu stereotaip,” katanya.
Elly turut meninggalkan pesanan kepada individu terbabit supaya berpijak di bumi nyata.
“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita, sombong, hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik… Ingat asal usul,” katanya.
Perkongsian Elly itu sudah mula menjadi perbincangan dalam kalangan netizen yang mendakwa pengundurannya mempunyai kaitan dengan pengacara program itu.
“Rasanya Nabil yang buat hal. Kak Lina sudah menumpahkan teh. Tokram (Datuk Ramli MS) pula dah terkantoikan sikit tadi,” tulis seorang netizen di aplikasi X.
Rabu lalu, Astro dalam kenyataan rasmi mengumumkan pengunduran Elly sebagai pengacara ASGV.
Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi.