Tidak terasa seperti 10 tahun sudah pun berlalu perjalanan seni Cakra Khan di Indonesia, bermula dengan single pertamanya, kerjaya beliau berjalan dengan cemerlangnya, namun itu tidak bermaksud Cakra tidak pernah mengalami kisah duka, pahit dan jerih seperti lagu-lagu hits yang pernah dinyanyikan beliau.
Pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan Cakra seorang yang kuat dan semakin kendiri. Suara emas yang dimilikinya disertai dengan penghasilan yang tidak pernah putus, membuatkan namanya tidak pernah luput dan lagu-lagunya sering kali ditunggu-tunggu kemunculannya oleh peminat setianya.
Segala yang dilalui oleh Cakra selama sedekad, banyak mengajar dirinya. Tentang hidup, cinta, salah dan baik. Seperti lagu terbaharu beliau yang bertajuk ‘Salah Tapi Baik’ yang menjadi penutup bagi tahun 2020 dalam kisah 10 tahun perjalanannya.
“Ada bahagia tapi tak bersama” merupakan salah satu bait lirik yang terdapat dalam lagu ‘Salah Tapi Baik’. Sebuah lagu yang menyentuh hati tentang pengalaman yang mendewasakan dan kematangan diri. Membawa maksud bahawa tidak semua perkara itu tidak baik, kerana rindu dan doa adalah perkara yang baik.
Ketika ditemuramah, Cakra mengaku bahawa beliau sangat bangga dan terharu diberi kepercayaan membawakan lagu ini. Sebuah lagu yang merupakan hadiah daripada 3 individu penting yang menjadi saksi perjalanan hidupnya dari hari pertama lagi, iaitu Pak William Chow, Putri Rahartana dan sahabat karibnya, Ade Govinda.
‘Salah Tapi Baik’ merupakan sebuah lagu easy listening yang dicipta secara minimal, di mana tumpuan diberikan pada liriknya yang kuat dan mempunyai maksud yang mendalam. Melodinya dicipta dengan begitu halus sekali, ditambah pula dengan suara lunak Cakra yang tidak perlu dipertikaikan lagi secara kekuatannya lantas melengkapi keindahan lagu ini. Lagu ini pasti menambat para pendengar dan penggemar muzik.
Lagu ini dilancarkan pada 18 Disember 2020 dengan pelbagai acara sekaligus, diputarkan serentak di 18 buah stesen radio di 18 buah kota yang berbeza, 18 pemain muzik, konsert muzikal istimewa ‘Kisah 10 Tahun Salah Tapi Baik’ yang ditayangkan serentak oleh 18 rakan media, bukan hanya di Indonesia, bahkan Malaysia juga. Yang pastinya, lagu ini boleh didengarkan di seluruh platform digital bermula pada tarikh yang sama.
Semoga lagu ini menjadi ‘pengubat rindu’, mewakili mereka di luar sana yang masih setia mencintai dan merindui dalam doa.
Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,
â€Pendapat beliau lagu ini akan menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio di Malaysia.â€
– Feros
Lagu ‘Salah Tapi Baik’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula 18 Disember 2020. Manakala video muzik lagu ‘Salah Tapi Baik’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MyMusic Records pada hari yang sama.
Tajuk : Salah Tapi Baik
Artis : Cakra Khan
Lirik : William Chow, Ade Govinda & Putri Rahartana
Komposer : William Chow, Ade Govinda & Putri Rahartana
Kalau sedih itu ada
Kalau tangis itu ada
Mengapa tidak ada air mata
Kalau rasa itu ada
Mengapa ini tak berasa
Kalau cinta indah
Kenapakah sakit
Kalau senyum itu ada
Kalau sentuh itu ada
Mengapa kisah ini tidak nyata
(Chorus)
Kalau sayang itu ada
Mengapa ini tak sempurna
Ada bahagia tapi tak bersama
Didoaku
Kutemukan tatapmu lagi
Kuhidupkan senyumanmu kembali
Bertemu kamu
Didoaku
Kau peluk tubuhku kembali
Berdua hidup dalam doa ini
Cinta ini salah tapi baik
Kalau semua ini salah
Kalau semua ini derita
Kenapa Tuhan pertemukan kita
(Chorus)
Cinta ini salah tapi baik
Kisah ini hidup di doaku
Cinta ini salah tapi baik
Cinta ini salah tapi baik