in , ,

Kisah Rutin Norma Baharu dalam Drama Sketsa KELUARGA KAMI

Rakyat Malaysia masih dalam tempoh Rakyat Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini. masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini. Pergerakkan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Oleh kerana itu, semua orang perlu menjalani norma baharu dalam kehidupan seperti menjaga penjarakan sosial, penjagaan kebersihan diri, penggunaan pembasmi kuman dan tidak bersesak dalam usaha membantu mencegah jangkitan COVID-19. Dengan situasi yang berlaku pastinya menimbulkan ketegangan dalam diri setiap daripada kita. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bersantai dengan sketsa khas diberi tajuk “Keluarga Kami” terbitan Unit Drama TV RTM menerusi tiga saluran TV terbitannya. 

Pilihan di tangan ada sama untuk menyaksikannya di TV2 mulai 1 hingga 8 Jun ini, pukul 12.31 tengah hari. Manakala di TV1 turut bersiaran pada 1 hingga 8 Jun ini, pukul 1.00 tengah hari. Siri sama boeh diikuti menerusi saluran TV Okey iaitu pada 1 hingga 6 Jun ini, pukul 3.30 petang manakala episod 7 dan 8, waktu yang sama disiarkan 7 dan 8 Jun ini.

Gandingan pelakon suami isteri Zamarul Hisham, dan Diana Rafar, menghidupkan watak sebagai ibu dan ayah, juga turut dibantu pelakon Adik Kashfi Haikal, Adik Mika, Edika Yusof dan Muntzar Ghufran dalam siri lapan episod ini.

poster sketsa Keluarga Kami

TAJUK: CIKGU JADIAN 

EPISOD 1 dan 2

ISU PEMBELAJARAN ANAK: KOMEDI 

Mengisahkan tentang suami BADOL (30an) yang terpaksa menyamar sebagai guru anaknya berikutan permintaan anak untuk hadir ke sesi pra-sekolah seperti biasa. Badol cuba menarik minat anaknya MIKA (6 tahun) untuk terus belajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dengan menyediakan ruangan pembelajaran seperti di sekolah mengikut bayangan yang diberitahu oleh anaknya. Pelbagai peristiwa lucu berlaku sepanjang tempoh pembelajaran apabila si ayah terpaksa meniru kriteria karektor guru wanita yang diminati oleh anaknya.

TAJUK: DAPUR TERBANG 

EPISOD 3 dan 4

ISU PERANAN SUAMI : KOMEDI 

Mengisahkan tentang suami isteri yang terkurung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), konflik berlaku apabila ZAABA (30an) yang memiliki karektor clumsy terpaksa mengambil alih tugasan memasak bagi keluarganya berikutan isterinya EVA (30an) mengalami sengugut yang teruk. Zaaba terpaksa mengambil alih tugasan memasak bagi memenuhi permintaan setiap ahli keluarganya. Berikutan cuba memenuhi permintaan, suami meminta bantuan tips memasak darpada rakan lelakinya namun mereka melalui situasi yang sama. Peristiwa lucu mula berlaku dalam memenuhi permintaan keluarga. 

TAJUK: ABANG KENA TIPU DEK … 

EPISOD: 5 dan 6 

ISU PENIPUAN ONLINE: KOMEDI 

Mengisahkan tentang suami bernama BAKAR (30an) yang mengalami kemurungan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), disaat tekanan tersebut timbul keinginan untuk memiliki PS4 bagi mengisi masa lapang. Bakar mendapat idea untuk membuat pembelian online PS4 tanpa pengetahuan isterinya DHIA (30an) bagi memenuhi impian dirinya sendiri. Setelah beberapa hari menunggu, barang yang dipesannya tidak kunjung tiba. Konflik mula berlaku apabila Dhia memeriksa akaun bank online suaminya, tertera baki akaun yang berkurangan dan tertera notifikasi pembelian PS4. Bakar mendapat balasan atas perilakunya setelah perkara sebenar terbongkar, ia berikutan karektor Dhia yang sangat garang dan cermat pada setiap perbelanjaan keluarga. 

TAJUK: DARAH PENGHIBUR

EPISOD: 7 dan 8

ISU ORANG SENI: KOMEDI 

Mengisahkan seorang isteri bernama MIA (30an) yang terpaksa menjalani latihan teater secara sendirian bagi memenuhi pementasan yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan. Mia merupakan pelakon pentas yang memiliki method lakonan yang menjengkelkan ketika latihan berlaku. Mia kerap bermonolog sendirian sehinggakan suaminya BIDIN (30an) mengalami tekanan dengan keadaan kucar kacir rumah yang timbul. Biidn mula mencari jalan untuk menghiburkan diri sendiri dengan memuat turun aplikasi TIK TOK. Suasana rumah mula tidak ubah seperti latihan seni yang tidak berkesudahan. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Siar Program Korea Yang Menang di Anugerah Seni Baeksang ke-56

Sarah Hildebrand Tanggung Kerugian Dipukau & Ditipu Scammer