Baru-baru ini, Budiey ada terima email daripada seorang yang mengaku menjadi bini kepada seorang Dato’ yang mana suaminya berkahwin dengan seorang penyanyi terkenal. Tapi bila dah kahwin, macam-macam hal dan kerenahnya…
Apabila seorang penyanyi popular menjadi isteri muda… beginilah jadinya…
Dulu penyanyi ni katanya mahu kahwin dengan pegawai tentera berpangkat Dato’. Tapi bila dah rapat, dia ni kikis lak duit dato tu. Kemudian, dia beralih angin la plak…bukan dia je, yang minta bekas suami dia pun mahu sponsor itu ini, siap dengan anak-anak dia skali minta duit kat dato ni. Kikis la apa lagi…
Kononnya, nak buat projek nak meniaga sendiri, dato ni pun dah mula perasan kenapa pula dia minta kat Dato sedangkan dia ada bapa lagi. Yang Dato ni marah lagi sebab bila Dato ni tegur pergaulan bebas anak teruna dia yang suka suki mak bapak dia bawa girlfriend dia datang tidur kat rumah.
Dato’ tu pula dimarahnya. Satu perkara lagi, Dato’ ni pun dah fed-up bila dia nak Dato’ ni lebihkan anak-anak dia, time cuti sekolah bulan Mac hari tu, dia bawa anak-anak dia pergi umah Dato’ ni ajak bawa anak dia jalan-jalan. Bila Dato’ tu tak nak mula la dia buat muka macam tokong siam masam memuncung jek. Anak-anak Dato’ tu sendiri pun Dato’ tu tak bawa makan angin, ni pula nak suruh usung punggung anak dia pulak.
Itulah yang orang kata tak tau nak bersyukur. Dah pun bagi kereta siap dengan driver sekali, tiba-tiba dia buat hal pulak main ciku cak dengan driver. Bila Dato’ dapat tau, Dato’ berhentikan driver tu. Tak tau macam mana nak tutup lubang yang dah pecah dia pun mula la mengarut macam-macam dia tuduh Dato’ pergi Siam la banyak pompuan la suka kahwin la.. macam-macam.
Lepas tu, dia sendiri angkat kain baju dia dengan PA dia tu keluar rumah. Kemudian, seminggu selepas tu, dia pergi serang pulak rumah bini no 1 dengan bapa sedara dia… tapi waktu dia pergi serang tu dia dah cerai dah dengan Dato’ tu. Buat malu adik beradik je dah jadi macam orang gila talak pulak. Lepas tu mula la dia pergi kacau rumah abang kepada Dato’ ni konon suruh Dato’ ni buat surat cerai. Jadi, dia senang dia nak tuntut harta…
Bini nombor satu geram dengan dia ni bukannya apa, dah la tumpang kasih dengan suami orang. Lepas tu nak suruh lebihkan dia, dah tu suka-suka je nak atur time dan jadual Dato’ ni boleh balik rumah isteri-isteri yang lain. Apa dia ingat, dia sebagai bini muda Dato’ tu nak abaikan bini-bini yang sedia ada ke? Isteri-isteri Dato’ yang lain takde masalah pun… aman damai je siap boleh terima pulak dia sebagai madu tapi bila dia orang bagi muka, dia pula pijak kepala.
Mula-mula dulu, dia minta jangan hebohkan. Cukup adik beradik je yang tau dia dah cerai kerana nak jaga hati anak-anak dia sebab anak-anak dia tak tau, tapi senyap-senyap anak dia serang Dato’ tu, bini Dato’ tu rasa dah terlalu kurang ajar bila anak dia nak mengajar orang tua yang umur lebih tua daripada bapa dia sendiri… Bila kami nasihatkan jangan sampai orang kata dia tak tau jaga anak habis semua adik beradik salah dia je yang betul… balik-balik dia kata semua orang tak sayangkan dia kalau dah perangai macam tu tak tau nak hormat orang lain, macam mana orang nak hormat dia…
[tags]cerita artis, selebriti kahwin, kisah artis kahwin, penyanyi cerai, talak, cerai, cina buta[/tags]