in , , ,

Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT

Tiga Penyanyi Rap Muda Tanah Air Berkolaborasi Menyelami Dasar Hati Masing-Masing Yang Penuh Liku Dalam Single Terbaharu

Penyanyi rap muda serta penulis lirik berbakat besar yang sedang meningkat naik berasal dari Kuala Lumpur, Rvijay Raj atau Lil J, bergabung idea kreatif dengan Alan D, juga penyanyi rap tempatan yang disegani dan Loca B, penyanyi rap wanita yang serba boleh dalam single terbaharu berjudul ‘​Laut​’. Ketiga-tiga mereka menyelami dasar hati masing-masing yang penuh liku lalu diterjemahkan ke dalam sebuah karya yang padat dengan maksud tersirat.

Ditulis dan digubah oleh Lil J, Alan D dan Loca B sendiri manakala diterbitkan oleh Mingaling dan Donato Beat, ‘​Laut​’ mempunyai maksud yang berbeza buat ketiga-ketiga penyanyi rap tersebut.

Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT
Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT

“Lautan yang terbentang luas meliputi separuh daripada dunia yang kita diami, banyak lagi perairan yang masih belum diterokai, begitu juga dengan kehidupan, masih banyak yang perlu kita lalui dan tempuhi,”

– Lil J

Lil J yang memulakan kerjayanya seawal umur 14 tahun lagi.

“Lil J menyapa saya dan Loca B jika kami ingin bekerjasama dalam Laut dan kami menerima pelawaan tersebut dengan hati terbuka. Kami bertiga masing-masing mempunyai mesej tersendiri yang ingin disampaikan dalam lagu ini.”

“Air laut ada pasang surutnya dan begitu juga dengan kehidupan, ketika masalah datang melanda kita harus tempuhinya dengan tenang dan terus pandang ke depan dan jangan sesekali toleh ke belakang.

Dalam Laut,saya luahkan isi hati saya paling dalam dengan maksud yang tersirat agar pendengar dapat menyelami perasaan kami masing-masing,​” tambah 

– Loca B
Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT
Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT

Proses rakaman yang memakan masa selama seminggu dilakukan di Mass Music Studio, Lil J berkata, ​

“Saya sangat seronok bekerjasama dengan Alan D dan Loca B kerana kedua-dua mereka sangat berbakat dan banyak yang saya pelajari daripada mereka berdua dan dedikasi yang mereka tunjukkan memberi saya semangat untuk bekerja lebih keras lagi.”

– Lil J

Bukan hanya mahir menyanyi rap dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, bahkan Tamil juga, Lil J menyatakan, 

Saya hanya berharap agar penggemar muzik rap di luar sana tahu bahawa seorang anak muda dari Subang Jaya ingin menyampaikan mesej dalam lagu-lagu yang saya hasilkan dan hanya mahukan sokongan anda yang tidak berbalah bagi kerana setiap dari kita ada masalah yang dihadapi dan jangan terus menghukum.

Ini hanyalah permulaan kepada suatu pergerakan yang akan berkembang dan terus berjalan di masa akan datang.”

– Lil J

Lagu ‘​Laut​’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Laut’ juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT
Kisah Penuh Badai Lil J, Alan D & Loca B Dalam LAUT

Tajuk Artis
Lirik Komposer

(Chorus)

: Laut
: Lil J, Alan D & Loca B
: Lil J, Alan D & Loca B
: Mingaling & Donato Beat

Hidup ku kelaut
Aku tenGgelam
Hijau tukar hitam
Buat ku kelam
Aku cuba bertenang (2x)

(Lil J)

Yeah I’m settling for what I got

But I’m always aiming for better

Yeah I worked my way up

And I could do this forever

Too many things on my mind

I’m just focused on the grind

Aku takkan buang masa

I ain’t never wasting time

Aku cuba bertenang

Itu yang benar
Aku tak kisah
Pasal apa lu borak
Hidup ku puisi
Aku yang pegang pena Sebabkan aku diam
Korang semua bising banyak

(ALAN D)

Tak semak
Nafas ku tak sesak
What’s the fuss?
Ku cuma naik carta
When I’m on the mic it’s facts I took my time with the flex
I do not take nothing less
I know that I am blessed

When I’m on stage
That’s a round of applause
Buat duit ada awek, aku boss yeah

(Lil J)

When I’m alone I don’t smile no more

(ALAN D)

Fikiran ku makin dalam aku lost yeah

Senyumanku makin mahal that’s a cost yeah
Ada beef ada bun mana sauce yeah
Keep it running I don’t ever need to pause
I don’t ever want to pause

(LIL J)

Kerja keras gila memang takde chill

Sekarang aku ada duit duit bayar bail
I keep it poppin I don’t even need a pill

Dulu underground sekarang aku sign deal

(CHORUS)

(LOCA B)

Aku di lautan,
Berapa dalam cabaran aku sahutkan
Aku takut tenggelam no
Cakap ku terus terang
Berapa jauh ku tempuh, lari ku terus

Berapa kali ku rempuh, takkan ku tangguh

Mana arah ku tuju, semangat berdentum

Mana dulu yang lumpuh, mula ke sembuh

Kau takkan faham apa yang aku kejar

Sampai aku boleh kongsi apa yang aku ada

Janji takkan makan gaji! Kecuali dari suami

That means I’m the boss of me, ya jangan salah erti

(CHORUS)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tip & Lokasi Indah Mendaki Daripada Sharifah Sofia

DIANA DANIELLE

Dunia Plot Twist Diangkat Ke Tahap Baharu Dalam SYURGA UNTUKMU