in

Kisah Menantu Mualaf dalam Telemovie Setulus Kasihmu

KISAH MENANTU MUALAF DALAM SETULUS KASIHMU DI RTM

Setelah sebulan berpuasa, Aidilfitri yang diraikan akan menjadi tanda buat seluruh umat Islam setelah sebulan melakukan ibadah yang menuntut pengorbanan mental dan fizikal para Muslimin dan Muslimat. Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut meraikannya dengan menyusun pelbagai program dan rancangan menarik buat sajian penonton di hari lebaran yang bakal tiba.

Ria Raya TV2 Aidilfitri ini, bersama telemovie khas raya, Setulus Kasihmu yang akan disiarkan di hari terakhir Ramadan. Telemovie terbitan Film Station Production Sdn Bhd mengisahkan tentang perbezaan budaya yang disatukan dalam keluarga Hj. Yusof bersama anak-anaknya Faizal dan Faizul yang mengahwini wanita Muallaf.
Menantu Hj Yusof, Liana dan Sarah merupakan Muallaf yang memeluk Islam dengan alasan mereka yang tersendiri. Liana yang mengahwini Faizal, sememangnya meminati agama Islam sedari kecil dan berhasrat untuk mendalaminya. Pertemuannya dengan Faizal merupakan takdir untuknya terus mendalami dan mempelajari agama Islam.

SETULUS KASIHMU

Berlainan dengan Sarah yang memeluk agama Islam atas dasar kasih sayang terhadap cinta pertamanya Faizul. Sarah yang bekerja di syarikat milik Haji Yusuf, memujuk Faizul untuk memperisterikannya memandangkan adiknya Faizal turut berkahwin dengan wanita bukan Melayu iaitu Liana.

Isteri Haji Yusof, Puan Kamariah amat kecewa dengan keputusan anak-anaknya yang telah mengahwini wanita bukan Melayu dan berasal dari keluarga Islam. Namun begitu, Hj. Yusof menganggap apa yang dilakukan oleh Faizal dan Faizul merupakan satu ibadah yang sememangnya dituntut oleh agama.

Apa yang merunsingkan mereka adalah perbezaan sikap di antara kedua-dua menantunya. Liana mudah dibimbing dan sentiasa menunjukkan minatnya untuk belajar serta beribadah manakala Sarah pula terlalu angkuh dan sentiasa mahukan penjelasan terhadap semua perkara.

Perbezaan sikap mereka semakin ketara apabila Liana mengambil keputusan berpindah ke rumah Hj Yusof bersama suaminya sepanjang bulan puasa untuk lebih menghayati bulan Ramadhan bersama mertua. Di atas sebab itu Sarah tidak punya alasan untuk berpindah dari rumah mertuanya sepanjang Ramadhan untuk menghayati puasa hanya bersama suaminya, Faizul.

Kerana keputusan Liana, mereka mula bermusuhan antara satu sama lain. Keadaan itu telah mewujudkan ketegangan di dalam keluarga Hj.Yusof apabila Sarah turut mengherdik Liana akan prinsipnya berpuasa dan turut menghasut Faizul untuk membenci Liana.

Ikuti drama lakonan Ery Putra dan Azhar Sulaiman ini untuk mengetahui samaada keluarga Hj Yusof dapat menerima Sarah kembali? Atau mampukah Faizul menjalankan tangggungjawabnya sebagai seorang suami kepada seorang Muallaf? Jangan lupa temujanji anda bersama TV2 pada 9 September 2010 hari Khamis jam 12.30 tengah hari.

SETULUS KASIHMU1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

48 Hour Film Project’s 2010 Tour

BEST OF DRAMEDY TV3