“Assalamualaikum. Atas sebab terdesak, kami suami isteri decide untuk jual pakaian kami anak beranak. Perniagaan kami dah mati. Amat perlukan duit untuk standby kelahiran anak kedua tak lama lagi. Baju lelaki saiz S dan M, perempuan S, baby girl 6-12 bulan. Minta bantuan semua untuk RT,” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 23,000 kali.
Lelaki berusia 29 tahun itu memberitahu, dia mula mengusahakan gerai makan tujuh tahun lalu sebelum dikembangkan kepada kedai makan tiga tahun kemudian.
Hanya mahu dikenali sebagai Karim, katanya, kedai makannya itu terpaksa ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19, tahun lalu.
Perkongsian Karim di laman Twitter menjadi tular.
“Bisnes kedai makan terjejas, tak dapat pusing modal dan tak ada duit nak bayar sewa. Saya dan isteri kemudian tumpang buka gerai minuman di sebuah restoran, jual air batu campur (ABC) dan lai chi kang.
“Namun sejak PKP 2.0 awal tahun ini, dan terbaharu PKP 3.0, bisnes di restoran itu juga tidak menguntungkan, apatah lagi gerai air saya dan kami membuat keputusan untuk berhenti… saya pernah cuma ada hanya beberapa ringgit di tangan,” katanya kepada mStar.
Namun kata Karim, dia terdesak untuk mencari wang ketika PKP 3.0 berikutan isterinya yang berumur 29 tahun sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan memasuki enam bulan.
“Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan di rumah. Tapi melihatkan isteri yang sedang hamil dan perlukan keselesaan berada di rumah, saya tak sampai hati.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk menjual baju-baju terpakai kami anak beranak… baju saya, isteri dan seorang anak perempuan yang berusia setahun enam bulan.
“Benar, bukan baju-baju bundle (terpakai) milik orang. Tapi yang saya nak jual tu adalah baju-baju kami sendiri, yang masih elok untuk dipakai,” ujarnya yang berasal dari Johor.
Antara baju terpakai Karim untuk dijual.
Pada asalnya saya nak jual sofa dan meja makan di rumah. Tapi melihatkan isteri yang hamil dan perlukan keselesaan berada di rumah, saya tak sampai hati.
Menurut Karim, pada mulanya dia terpaksa meletakkan harga sedikit tinggi untuk disenaraikan di laman sosial kerana begitu terdesak untuk mencari pendapatan.
“Pada hari pertama, saya letak harga setinggi RM40 dan serendah RM15. Saya tahu baju-baju tu adalah second hand dan bukan saya sengaja letak semahal itu.
“Tapi saya terdesak sebab tak banyak baju kami untuk dijual. Alhamdulillah kira-kira 10 helai terjual pada hari pertama,” katanya yang kemudiannya mengurangkan harga baju terpakai yang dijual kepada setinggi RM20 sehelai bermula hari kedua.
Kata Karim, dia bagaimanapun tidak menyangka perkongsiannya di laman Twitter menjadi tular sehingga ramai yang menawarkan diri untuk membantunya.
“Saya berterima kasih, tapi minta maaf kerana terpaksa tolak. Saya tidak mahu bantuan duit. Sebab sebelum ini saya sering dikutuk dan dihina atas apa yang saya lakukan.
“Sebagai ketua keluarga, saya mahu buktikan diri juga mampu cari duit sendiri dalam apa jua usaha yang dilakukan, termasuklah menjual baju kami anak beranak,” katanya sambil menambah dirinya yang menghidap penyakit misteri turut menyukarkannya untuk keluar bekerja.
Bungkusan baju-baju terpakai yang telah dibeli orang ramai untuk penghantaran.
Walau bagaimanapun kata Karim, dia tidak pernah berhenti berharap untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan isteri dan anaknya, termasuk bayi yang bakal dilahirkan.
“Dulu saya terlalu stres sampai nak call talian hotline untuk meluahkan perasaan, tetapi kini sedikit bersemangat apabila ada pihak yang membeli baju-baju second hand kami.
“Saya merancang untuk menjadi reseller jual produk makanan secara online dari rumah, saya berharap ada pihak yang sudi menawarkan peluang dan bantuan untuk kami berniaga,” katanya.
#DiariL0ckdown: Ramai akui terkesan dengan kri.sis C0VID-19 yang melanda negara
SEKITAR 600,000 isi rumah daripada golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah (B40) susulan penularan wabak COVID-19.
Malah, Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, turut menyatakan sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai berhubung apa yang dinyatakan oleh laporan ini.
Kata pengguna laman Facebook, Mohd Salim NY, dia terpaksa tutup kedai makan miliknya kerana ketiadaan pelanggan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan
Dia juga berkata bahawa dia kehilangan punca pendapatan kerana menanggung kerugian yang besar.
Ada peniaga kedai makan yang turut terkesan dengan krisis COVID-19.
Begitu juga Ewan Apache yang mengakui bahawa dia kini berdepan dengan bebanan hutang yang semakin bertambah.
Ada yang merungut kerana bebanan hutang semakin bertambah
Kata Jo Jusoh, pendapatannya berkurangan sehinggakan tidak mampu membayar sewa rumah selain masalah motosikalnya yang rosak mengeruhkan lagi keadaannya.
Jo Jusoh berdepan kesulitan untuk membayar sewa rumah
Selain itu, Adam Izham pula berdepan dengan masalah kos sara hidup seperti sewa rumah selepas kehilangan kerjanya.
Adam Izham berdepan dengan situasi kehilangan kerja
Kata Ahmad Syafiq pula, dia kini sudah dua bulan tidak bekerja.
Begitu juga Ahmad Syafiq yang sudah 2 bulan tidak bekerja
Malah, gerarde john yang bekerja sebagai pemandu e-Hailing juga turut terkesan kerana pendapatannya turun mendadak selepas kerajaan melaksanakan PKP.
Ada yang berdepan dengan kehilangan sumber pendapatan sebanyak 90 peratus
Manakala di laman YouTube, Azd Sil berkata pemberian i-Sinar 2.0 wajar dilaksanakan semula untuk membantu mereka yang memerlukan..
Antara cadangan yang dikemukakan adalah mewujudkan i-Sinar 2.0 kepada golongan memerlukan