in ,

Kisah Langkah Bendul Dalam Telemovie CINCIN BELAH ROTAN

‘Langkah bendul’, istilah atau perumpamaan digunakan sekiranya seorang adik ingin berkahwin dahulu daripada kakaknya. Realitinya ia masih diamalkan lagi oleh sesetengah masyarakat kita zaman sekarang.

Apatahlagi sepatutnya jika mengikut susunan, yang tua akan berkahwin dahulu daripada yang muda. Ia dilaksanakan selalunya bagi menjaga hati si kakak yang lebih berumur.

Disebabkan itu, jika si adik ingin berkahwin juga maka si adik haruslah menyediakan ‘hadiah’ kepada si kakak. Pada asalnya ia bukanlah tindakan yang menyalahi syarak atas nama hadiah. Namun jika berlebihan sehingga menjadi kewajipan dan mengundang beban kepada pasangan yang ingin berkahwin, maka ia menyalahi syarak Islam yang memudahkan perkahwinan.

CINCIN BELAH ROTAN

Menonjolkan isu sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk â€œCincin Belah Rotan”pada 12 Mei ini, pukul 10.00 malam di TV1yang dibintangi pelakon Shiqin Kamal, Syed Ali, Shima Anuar, Zulhelmy, Zaidi Omar, dan Jasmin Hamid.

Ia mengisahkan watak utama bernama Suhada semakin tertekan apabila adiknya yang bongsu telah dipinang orang dan beliau menerima cincin belah rotan sebagai hadiah ‘Langkah Bendul’. Ini bermakna yang kesemua tiga orang adiknya telah pun bertunang.

Situasi itu membuatkan ibunya, Mak Sara mula berleter padanya supaya cepat mencari jodoh. Dalam masa yang sama, masalah lain muncul yang membuatkan fikirannya bertambah serabut. Bekas kekasihnya, Muharam muncul semula dan rakan serumahnya Shima mengadu padanya setelah putus tunang kali ketiga. 

Adik-adik Suhada mula membantu Suhada untuk mencarikan jodoh buatnya sehinggakan beliau merasa tidak selesa. Rakan sepejabatnya iaitu Mira mencadangkan agar Suhada mengubah imej agar nampak lebih bergaya. 

Niezam merupakan pekerja baru di syarikat Suhada dan mula rapat dengan Suhada. Muharam cemburu melihat Suhada bersama Niezam ketika mereka makan malam anjuran syarikat dan mula memfitnah Suhada di mata Niezam. 

Niezam mula bersikap dingin dengan Suhada semenjak peristiwa tersebut. Mira menjelaskan pada Niezam sebenarnya Suhada berkorban dari menyertai satu pertandingan anjuran syarikat demi membantu Niezam menyelesaikan masalah keluarganya. 

CINCIN BELAH ROTAN

Muharam meminta maaf dari Suhada atas apa yang berlaku dan Niezam yang menyesal telah berbaik semula dengan Suhada. Niezam menghantar rombongan meminang Suhada kepada keluarganya.

Namun adakah keluarga Suhada bersetuju dan menerima pinangan tersebut? Masih adakah lagi isu cincin belah rotan sebagai ganti ‘Langkah Bendul’ kepada Suhada? Ikuti kesudahannya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem GODZILLA: KING OF THE MONSTERS

Samsung Lancar TV QLED 8K Paling Besar Berharga RM299,999