Menampilkan lakonan santai Syafiq Kyle, Faye Khusairi, Syed Ali, Ucop Cecupak dan Syalena, saksikan telemovie “Tawar†mengisi slot Citra di TV2 pada 28 Mac ini, pukul 10.00 malam.
Telemovie TAWAR mengisahkan tentang Que Dani atau Dani, blogger terkenal di Malaysia. Dani merupakan seorang ‘food critic’ yang dibayar untuk makan di restoran-restoran dan memberikan ulasan mengenainya. Terkenal dengan gelaran ‘Raja Rasa’ di mana dia dikatakan mempunyai ‘taste pallet’ terbaik di Malaysia.Â
Namun suatu hari Dani bangun dan mendapati lidahnya tiada lagi deria rasa. Dia membuat pemeriksaan doktor di hospital tetapi disahkan sihat. Sejak itu kariernya mula menurun, dia tidak lagi dipanggil untuk memberi ulasan tentang masakan dan menjadi juri pertandingan masakan.
Dia bersama pembantunya yang setia bernama Fauzi kemudiannya membuka restoran pula kerana beranggapan bahawa dia boleh memasak dengan sedapnya. Malangnya restoran diusahakan mereka juga tidak mendapat sambutan.
Di hari pembukaan hanya seorang wartawan iaitu Kamilia atau Camy bersama pembantunya Jescica sahaja yang datang. Seorang gadis Sarawak bernama Mia datang ke restoran Dani dan membantu dia berjaya kembali.
Deria rasa Dani juga sudah kembali tetapi kali ini dia telah kehilangan pembantunya, Fauzi dan Camy yang mencintainya. Ini kerana Dani berbalik kepada perangai lamanya yang angkuh dan tidak memikirkan diri orang lain. Fauzi dan Camy merajuk dengan sikap Dani itu.
Bagaimana pun adakah Dani insaf dan meminta maaf kepada Camy? Adakah dia berjaya memajukan restorannya dengan mengambil chef-chef yang pernah dijatuhkannya dulu untuk menjadi rakan kongsi dan bekerja bersama-sama dengannya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.