in , , ,

Kisah Ibu Terlantar di Pusat Jagaan Orang Tua Dalam Telemovie PERMAISURI SYURGA

Telemovie disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa dekat dengan paparan kisah realiti masyarakat yang berlaku di persekitaran kita.

Lupakan seketika kisah konflik cinta antara pasangan kerana menerusi telemovie bertajuk “Permaisuri Syurga” yang menemui penonton pada 4 Mei ini, pukul 9.00 malam di TV1, RTM berkongsi kisah pengorbanan dan kasih seorang ibu di pusat jagaan warga tua, yang terlalu rindu untuk bertemu dengan anaknya sebelum beliau meninggal dunia.

Telemovie arahan Saipul Bahri Othman ini menampilkan gandingan pelakon lama dan baharu termasuklah Bella Dally, Badrul Muhayat, Nazrief Nazri, Marisa Yasmin dan Airis Yasmin.

Ikuti rentetan kisah watak utama bernama Aiman yang menuntut di luar negara baru pulang ke Malaysia. Sejak berada di tanah air Aiman tidak melepaskan peluang mengikuti aktiviti amal dilakukan kekasihnya, Fiqah melakukan kerja sukarelawan di pusat jagaan warga tua. 

poster Permaisuri Syurga

Begitu pun Aiman terpaksa berdepan dengan sikap angkuh ayahnya iaitu Dato Salleh tidak suka Aiman melakukan kerja amal tersebut. Sebaliknya Dato Salleh mahu Aiman bekerja di syarikatnya dan menumpukan sepenun perhatian kepada urusan perniagaan mereka. 

Ketika di situ, Aiman mula rapat dengan seorang penghuni pusat jagaan tersebut iaitu Makcik Zai. Berita itu sampai ke pengetahuan Dato Salleh. Aiman kemudian ditegah oleh ayahnya ke pusat jagaan tersebut dan ketika itu Makcik Zai dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung. 

Aiman mendapat tahu dari ayahnya yang ibu kandung beliau yang sebenar ialah Makcik Zai yang membuang Aiman ketika kecil. Aiman kecewa dengan berita tersebut dan bergegas untuk menuntut penjelasan dari Makcik Zai. 

Namun begitu, hakikat sebenar adalah sebaliknya. Daripada sumber tertentu menyatakan bahawa ayahnya, Dato Salleh yang mengambil Aiman dan melarikannya dari Makcik Zai. Semuanya berlaku setelah ibunya berkorban menjalani pembedahan pemindahan hati untuk menyelamatkan Aiman yang sakit kronik ketika bayi lagi. 

Aiman kemudian menyesal kerana percayakan fitnah ayahnya dan segera cuba untuk memohon maaf daripada ibu kandungnya itu. Mak cik Zai pula semakin nazak. Masih sempatkah untuk Aiman memohon kemaafan daripada ibunya itu? ikuti kesudahannya di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Ramadan & Raya Dengan Kreatif Bersama Celcom 

Lofarclutch dari Sometime Cerminkan Gaya Fesyen Neelofa