in ,

Kisah Hidup Yazmin Aziz dalam LIHATLAH

Single Pertama Oleh Yazmin Aziz mengambil iktibar kisah sebenar penyanyi kacukan Malaysia-Filipina

Pemenang tempat ketiga Bakat Ohsem Malaysia 2017 (BOM) anjuran hurr.tv, Yazmin Aziz tampil dengan single pertamanya bergenrekan R&B-Pop Balada berjudul ‘Lihatlah’.

Komposer bagi lagu ini adalah Vince Chong bersama Yazmin Aziz dengan lirik oleh Yazmin Aziz dan M. Zulkifli. Pemilik nama penuh Yazmin Aldwin Abdul Aziz ini berusia 17 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan lima di Sekolah Menengah Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Lihatlah Cover Yazmin Aziz

Muncul naib juara pertandingan Maybank Talent pada tahun 2012 membuka lembaran baharu kepada penyanyi kacukan Malaysia-Filipina ini. Pada April 2017, beliau telah merangkul pingat emas bagi kategori junior di pertandingan Malaysian Championship of Performing Arts. Mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts di California pada tahun sama, beliau muncul pemenang pingat perak bagi kategori junior mengalahkan ratusan peserta lain dari seluruh dunia.

Turut menguasai bahasa Tagalog, Yazmin mewakili Malaysia di Global Pinoy Singing Idol di Filipina pada Februari 2018 dan muncul antara 6 peserta terbaik di pertandingan berkenaan.

Yazmin Aziz

Kerjasama dengan Vince Chong dan M. Zulkifli bermula sejak Mac 2018. Vince Chong seperti yang dikenali adalah juara bagi sebuah pertandingan realiti pada tahun 2003. Beberapa buah albumnya mendapat sentuhan sendiri dengan beliau menjadi komposer bagi lagu-lagu hit antaranya Percayalah Sayang, Mengapa Harus Cinta, Janji-Janji dan Hanya Kau.

Manakala penulis lirik M. Zulkifli menyumbangkan khidmatnya bagi lagu-lagu popular seperti Ku Milikmu nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Igauan Semalam nyanyian Fauziah Latiff dan Ku Teruskan nyanyian Liza Hanim. Pembikinan lagu ‘Lihatlah’ dilakukan pada 19 Julai 2018.

Lagu ‘Lihatlah’ adalah coretan kisah kehidupan Yazmin yang dilaluinya semasa membesar. Perjalanan hidupnya yang sukar menginjak ke alam dewasa bukanlah satu penghalang untuk beliau mencapai apa yang diinginkan. ‘Lihatlah’ membawa pendengar untuk melihat dan memahami semangat Yazmin yang kekal tabah sekaligus berjaya membuktikan dirinya mampu bangun menjadi seorang yang lebih cekal dan kuat untuk menempuh kehidupan.

Lagu ini mendapat kerjasama edaran digital oleh Warner Music Malaysia yang telah dimuatnaik ke beberapa platform digital seperti iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Yonder Music, Deezer dan Akazoo. Manakala video muzik ‘Lihatlah’ boleh ditonton di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 5 Oktober 2018.

“‘Lihatlah’ amat kuat dari segi liriknya. Melodi yang bergenrekan R&B-Pop Balada sebegini juga jarang diperkenalkan di Malaysia. Jadi, kami mengambil peluang ini untuk memperdengarkannya kepada peminat muzik tempatan. Kekuatan vokal Yazmin Aziz juga tidak perlu dipertikaikan. Beliau nyata memberi satu nafas segar dan baharu menerusi lagu ini sekaligus menunjukkan kebolehannya sebagai pelapis kepada penyanyi-penyanyi unggul di Malaysia,” – Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Lagu ini juga boleh didapati sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan iaitu Celcom, Maxis, DiGi dan UMobile. Ikuti perkembangan terkini Yazmin Aziz di laman media sosial Instagram https://www.instagram.com/yazmin.aziz/, Facebook https://www.facebook.com/aziz.yazmin dan YouTube di http://bit.ly/YTYazminAziz.

Yazmin Aziz

Yazmin Aziz

Yazmin Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta Berubah Dalam Filem LOVE H20

Netizen Menangis Tonton MV Single Inteam Berjudul DIA