in , ,

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Memilih tanah perkuburan sebagai lokasi untuk melepak pastinya dilihat sebagai aktiviti yang sangat pelik.

Namun, ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil dan perbuatan melepak di tanah perkuburan ini memang selalu dilakukan pengarah Gavin Yap. 

Gavin berkata, sejak dia dan keluarganya kembali semula ke Malaysia setelah berhijrah ke United Kingdom, tempat tinggalnya memang terletak dengan kawasan perkuburan. 

“Saya tidak pasti sama ada secara kebetulan atau tidak, apabila kami menetap di Damansara Utama, rumah kami terletak hampir dengan tanah perkuburan. Setelah pindah ke Pulau Pinang, kediaman kami juga masih dekat dengan kubur. 

“Jadi, boleh dikatakan melepak di dalam kawasan tanah perkuburan memang menjadi antara aktiviti saya bersama rakan-rakan ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya yang pernah mengarahkan filem Dendam Pontianak bersama Glen Goei. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Sehubungan itu, Gavin memberitahu bahawa ia telah menimbulkan idea buat dirinya untuk menghasilkan sebuah filem yang berkaitan dengan aktiviti  sedemikian. 

Ujarnya, berdasarkan pengalamannya itu telah menghasilkan sebuah filem seram berjudul Geng Kubur, di mana dia turut ber=ndak sebagai pengarah dan penulis skrip. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Bercerita lebih lanjut mengenai filem tersebut, Gavin berkata, ia mengisahkan tentang empat orang sahabat baik yang menjadikan lepak di tanah perkuburan sebagai aktiviti  utama mereka. 

“Geng Kubur bukan sekadar filem seram semata-mata, tetapi ia meni=kberatkan kepada perjalanan kehidupan se=ap watak iaitu empat orang sahabat. 

“Di sebalik kegemaran melepak di kawasan kubur, masing-masing ada kisah sendiri yang telah menghantui kehidupan mereka,” ujarnya. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Filem Geng Kubur menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seper= Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran selaku teraju utama. 

Menurut Gavin, penggambaran dilakukan pada September 2022 di beberapa buah lokasi seperti di Hulu Langat, Bandar Utama dan Kampung Baru. 

Mengenai harapannya untuk filem ini, Gavin berkata dia mengharapkan naskhah terbaharu itu mendapat diterima dan menghiburkan penonton. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Ujarnya, dia yakin mereka yang menonton akan mengenang kembali kehidupan semasa zaman persekolahan dahulu. 

“Saya percaya, setiap penonton akan melihat ‘diri’ mereka dalam se=ap watak yang ditampilkan. Ia bukan sekadar filem seram semata-mata, tetapi lebih daripada itu,” ujarnya. 

Sementara itu, Michael Chen selaku penerbit eksekutif menjelaskan pihaknya tertarik untuk menerbitkan Geng Kubur kerana kelainan yang ditampilkan. 

Michael berkata, Geng Kubur bukanlah sekadar mahu menonjolkan seram samata-mata, tetapi turut menyelitkan beberapa elemen lain untuk diangkat menjadi sebuah filem. 

“Selain elemen seram, antara tarikan dan kelainan filem ini adalah ia mengangkat tentang tema persahabatan, kekeluargaan dan penerimaan diri. 

“Dalam filem ini, setiap watak utama tidak menjalani kehidupan yang sempurna dan mereka perlu berhadapan isu yang melanda diri masing-masing. Boleh dikatakan, ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton,” ujarnya. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

Mengenai kos pembikinan pula, Michael mendedahkan kos keseluruhan untuk menghasilkan Geng Kubur adalah sebanyak RM1.2 juta. 

Namun begitu, beliau menyatakan dapat menerbitkan filem berkenaan telah memberi kepuasan tersendiri buat dirinya. 

“Saya dah Gavin sudah lama berkawan dan berkerjasama dalam pelbagai projek sejak tahun 2006. Apabila dia mencadangkan idea filem ini, saya percaya ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik untuk diterbitkan menjadi sebuah filem. 

“Selain itu, saya juga mempunyai pasukan produksi yang telah memberikan kerjasama sangat baik sepanjang penggambaran. Saya sendiri tidak sabar untuk filem ini ditonton oleh rakyat Malaysia,” jelasnya. 

Ujar Michael, filem ini juga turut mendapat maklum balas daripada mereka yang telah menontonnya dalam tayangan yang dibuat secara tertutup. 

“Rata-rata yang menonton juga memuji keserasian keempat-empat barisan pelakon. Malah, ada penoton yang mengimbas semula bahawa ada babak dalam filem pernah berlaku dalam diri mereka,” ujarnya. 

Diterbitkan Iron Hill Media Sdn. Bhd., filem Geng Kubur akan menemui penonton di pawagam mulai 25 April 2024. 

Kisah Empat Sekawan Suka Lepak Di Tanah Perkuburan dalam GENG KUBUR

SINOPSIS 

Firhan, Fang Liang, Prem dan Mela= bersahabat baik dan sering menjadikan kubur tempat lepak mereka (kubur bukan muslim). Firhan yang kehilangan ibu akibat kemalangan 10 tahun lalu, masih =dak dapat melupakan ibunya dan dia sering bergaduh apabila emosinya terganggu. Dia merasakan mimpinya adalah reali= dan percaya ibunya masih hidup dan telah mengajak kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian untuk mencarinya. Semasa berada di hutan, pemikiran mereka telah dimanipulasi dan mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menakutkan. 

page3image46919664.png

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VENUS

Kolaborasi Istimewa Venus & UNIC Menghasilkan Lagu Duet Ria Ramadan

Sambut Raya Penuh Gaya Bersama Clarks, Inspirasi Bermakna Zahirah & Aiman