Lari sedikit daripada mengakat latar kisah cinta, RTM menerusi slot Saranghaeyo di TV2 menyiarkan drama siri bertajuk “Partners For Justice” yang menggabungkan adegan penyiasatan jenayah dengan elemen perubatan, memberikan pencerahan yang lebih dalam tentang proses menyelesaikan kes. Persembahan yang teliti dalam urutan-urutan forensik dan pemahaman tentang undang-undang memberi dimensi tambahan kepada jalan ceritanya.
Hadir dengan plot cerita yang penuh teka teki, drama mulai bersiaran sejak 30 Ogos lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam ini berkisar tentang kerjasama seorang doktor forensik yang mementingkan kesempurnaan dan seorang peguam yang berusaha untuk menyelesaikan pelbagai kes.
Bertugas sebagai dokter forensik yang terbiasa menangangi berbagai macam bentuk mayat membuat sifat Baek Boem berubah menjadi dingin. Sementara Eun Sol, adalah anak perempuan seorang pengacara terkenal namun kerap dianggap sebelah mata oleh ayahnya sendiri. Dia kemudian berusaha membuktikan diri dengan menjadi pendakwaraya berbanding mengikuti jejak ayahnya sebagai pengacara.
Pelbagai kes dihadapi mereka yang disangkakan dari mata kasar kes bunuh diri, penipuan insuran, kemalangan dan lain-lain. Namun setelah disiasat dengan terperinci sebenarnya ia adalah kes pembunuhan atau homoside.
Seorang yang partikular, teliti, dan mementingkan kesempurnaan, Dr Baek tidak suka membuat kesimpulan awal tanpa mendapat semua fakta berdasarkan bukti kukuh yang diterima. Sekecil-kecil perkara seperti bau minyak, ulat dan bentuk luka yang tidak dapat dijawab soalan akan ditelitinya sehingga mendapat jawapan. Inilah yang selalunya menukar arah penyiasatan yang membawa mereka kepada kebenaran.
Ketahui apakah kes yang cuba diselesaikan mereka? Adakah sedikit usaha keras mereka berjaya membuahkan hasil? Ikuti kesudahan drama bersiri lakonan Jung Jae Young, Jung Yoo Mi, Oh Man Suk, dan Noh Min Woo ini di TV2.