Kisah Cinta Noniswara Baharuddin Dengan Datuk R

Budiey dengar cerita, pelakon drama, Noniswara Baharuddin akan menamatkan zaman jandanya Januari tahun depan. Nonis yang berusia 38 tahun khabarnya akan berkahwin dengan duda anak lima yang juga seorang tokoh korporat yang begitu disegani bergelar Datuk R, berusia dalam lingkungan 40 an.

Kata Nonis, dia terpikat bukan kerana pangkat, harta atau kekayaan tetapi keikhlasan hati Datuk R menerima Nonis dan anak-anak membuatkan pintu hati Nonis terbuka menerima lamarannya.

Sejak bila berkenalan?
“Sejak tahun 2007. Masa tu Nonis kat London. Kami bertemu pun secara tak sengaja. Nonis ketika tu berkunjung ke England sebab ada urusan bisnes.”

Apa yang istimewanya Datuk R?
“Dia seorang yang caring, ambil berat terhadap dirinya dan anak-anak. Seorang yang kuat bekerja, penyayang dan bertanggungjawab dan memahami karier Noris sebagai pelakon.”

Nonis dulunya bercerai dengan suami pertana setelah berkongsi hidup selama 15 tahun. Hasil perkongsian itu, Nonis dikurniakan tiga orang anak iaitu Naveer Nishon 14 tahun, Nur Erysha Emyra 9 tahun dan Nazeer Danish setahun setengah.

Budiey hanya mendoakan segala perancangan Kak Nonis akan berjalan dengan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

THE LEGEND OF BRUCE LEE LAKONAN CHAN KWOK KWAN, MICHELLE LANG, MARK DACASCOS

Gambar Majlis Perkahwinan Ungku Intan Sarafina & Iskandar Ezzahuddin