in ,

Kisah Bintang Bola Sepak Dalam Filem GOAL! THE DREAM BEGINS

Bukan mudah bagi insan biasa untuk menjadi seorang yang luar biasa. Mengimpikan untuk menjadi seorang pemain bola sepak terkenal bukanlah mudah yang disangka. Sukan bola sepak bukan sekadar permainan semata-mata malah kini menjadi popular dan memberi pengaruh yang besar dalam mengharumkan nama negara.

Berdasarkan kisah benar, filem Goal! mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Santiago Munez yang berasal dari Mexico. Santiago merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran di tempat tinggalnya. Suatu hari , dia dipilih dan berpeluang untuk menyertai pasukan bola sepak profesional. Impiannya untuk bermain bola sepak pasukan profesional di peringkat antarabangsa adalah suatu peluang keemasan yang dinanti-nantikan.

“Goal! The Dream Begins” menampilkan pelakon utama Kuno Becker sebagai Santiago Munez. Filem arahan Danny Cannon memberi visual tentang latar belakang seorang pemain bola sepak dengan membawa nama kelab pasukan bola sepak hingga terkenal. Di siarkan menerusi slot Sunday Midnite Special, 8 November 2015 (Ahad) bermula pukul 12.00 malam di TV2, filem inggeris ini juga menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Alessandro Nivola, Anna Friel, Jorge Cervera.

Santiago amat berbakat dalam sukan bola sepak. Dia telah ditemui oleh seorang jurulatih dari England sewaktu menyaksikan aksi dan bakat Santiago menjaringkan goal dalam permainan di padang bola. Namun, bapa Santiago, Henan Munez tidak menyokong minat anaknya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Ini kerana Santiago adalah satu-satunya anak lelaki harapan dalam keluarga Munez. Atas pujukan dan sokongan jurulatih tersebut, dia berjanji akan menjaga Santiago sehingga cita-citanya tercapai. Akhirnya bapa Santiago mengizinkan anaknya mengikut jurulatih tersebut ke United Kingdom.

Setibanya di England, Santiago dilatih oleh beberapa jurulatih profesional. Namun, gambaran tidak seperti diharapkan. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa dihadapi olehnya. Keadaan persekitaran dan kejutan budaya mengganggu latihannya. Santiago dilanda pelbagai dugaan sepanjang sesi latihannya. Keadaan cuaca sejuk dan tidak mendapat rehat yang sempurna menjejaskan kesihatannya. Walau bagaimanapun Santiago tetap berusaha keras menjadi pemain terbaik dalam pasukan Newcastle. Pada masa yang sama, Santiago telah diperkenalkan dengan seorang bintang bolasepak terkenal kelab Newcastle iaitu Gavin Harris.

Kehandalan dan pengalaman Harris membuka peluang Santiago untuk menjadi pemain tahanan di bawah sayapnya. Harris menjadi idola Santiago. Namun, pada masa yang sama Harris juga banyak mempengaruhi Santiago menjadi bintang bola sepak yang suka bersosial dan berpoya-poya.

Pelbagai cabaran yang diharungi Santiago demi bergelar bintang sukan bola sepak negara. Dalam bergelut dengan dunia sukan terkenal, Santiago berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dan kontroversi. Adakah Santiago akan berjaya mencapai impian dan cita-citanya menjadi bintang bola untuk sepak pasukan Newcastle United?

Saksikan rentetan perjalanan hidup seorang pemuda biasa yang bakal menjadi bintang sukan bola sepak negara, Santiago Munez dalam filem Inggeris “Goal! The Dream Begins” di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Karnival Usahawan Belia 2015

Sertai Jelajah Anugerah Skrin 2015 di Johor Bahru