in

Kisah Aksi dan Emosi Pesakit Autisme Dalam Filem HARIDAS

Slot Spice of India pukul 2.00 petang di TV2 pada 17 Mei ini mengangkat kisah autisme sebagai tema dalam sebuah filem menarik bertajuk “Haridas” yang turut menyajikan pengalaman visual yang unik erti keakraban penuh kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Perjalanan kisah filem arahan G. N. R. Kumaravelan ini mengetengahkan ikatan hubungan rapat antara seorang bapa dengan anak istimewanya berusia sepuluh tahun, seorang autistik. Kisahnya berkembang sekitar situasi bila kanak-kanak itu dan guru sekolah diangkat menjadi idea utama dalam Haridas.

Si bapa, Sivadas, berdepan kesukaran cuba memahami pemikiran anak tersebut iaitu Haridas, yang seolah-olah hidup dalam dunia sendiri. Tetapi masa ini Sivadas memahami anaknya, dan dunia yang penuh harapan terbuka untuk dua beranak itu.

Kisah Aksi dan Emosi Pesakit Autisme Dalam Filem “Haridas” di TV2

Peranan Sivadas bergerak pada dua landasan selari – dalam satu sisi dia seorang anggota polis yang cukup teliti, yang mempunyai tugasan penting menghalang elemen anti-sosial bantahan (Pradeep Rawat) dan pada sisi yang lain dia seorang ayah setia.

Sivadas mempunyai seorang pemandu bernama Kundasamy. Namun dia terpaksa meninggalkan komitmen terhadap tugasannya sebagai polis untuk menjaga anak autistik beliau, Haridas kerana satu perkara yang tidak terduga.

Dia berdepan dengan banyak kesulitan apabila dia mendaftarkan diri Haridas di sekolah biasa di mana Sneha adalah seorang guru khusus untuk berurusan dengan kanak-kanak istimewa.

Kishore begitu menghayati watak Sivadas, seorang bapa bertanggungjawab, tegas dan fokus terhadap keluarganya, apabila ia mengambil pendekatan secara matang cuba untuk memahami masalah anaknya secara berperingkat.

Dia memahami hakikat bahawa autisme bukanlah satu penyakit untuk sentiasa menghantui fikiran siapa yang mengalaminya, sebaliknya ia memerlukan kasih sayang dan penjagaan yang lebih dan bukannya atas dasar perasaan simpati.

Dalam tempoh masa ikatan hubungan antara guru dan pelajar seperti bunga bunga matahari yang cerah, adakah si bapa berjaya menyerap masuk ke dalam imaginasi anaknya? Apa yang berlaku seterusnya dalam kehidupan Haridas? Adakah keakraban antara Sivadas dengan Sneha membibitkan hubungan cinta di hati mereka?

Filem ini mengetengahkan lakonan mantap Kishore sebagai Sivadas, Sneha (Amudhavalli), Prithviraj Das (Haridas), Soori (Kundasamy), Pradeep Rawat (Aadhi), Yugi Sethu (Ravi) dan Varadharajalu (Varadharajan).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengalaman Menyertai Bengkel Make Me A TV Personality

TV2 Siar Drama LEGENDA KARTUNIS FATAH