Instagram kini memudahkan lagi anda melihat arkib perkongsian Instagram Stories, dimana kini ia disusun mengikut kalendar bulanan – sekaligus memperlihatkan arkib Instagram Stories mengikut tarikh penerbitan.
Pilihan paparan arkib ini adalah penambahan baru selain daripada paparan dalam bentuk peta mengikut lokasi Instagram Stories berkaitan.
Seperti semua sedia maklum, Instagram Stories hanya dipaparkan untuk tempoh 24 jam sahaja, dan arkib ini adalah hanya untuk paparan pemilik akaun. Instagram menyokong ciri mengarkib sejak tahun 2017 yang lepas untuk Stories.
Bagi anda yang aktif berkongsi Instagram Stories, boleh menyemak ciri ini, dan turut memilih untuk berkongsi kembali Stories lama kepada rakan-rakan anda di Instagram.