in

Kimora Life In The The Fab Lane

MARI BERKENALAN BERSAMA IBU YANG TERMAHSYUR DI DALAM KIMORA: LIFE IN THE FAB LANE HANYA DI 8TV!

TARIKH SIARAN : 30 JANUARI 2011
HARI: AHAD
MASA : 10.00 PM
EPISOD: 11

Secara realitinya, siapakah diantara kita yang tidak mengimpikan kehidupan yang berjaya dan serba mewah? Bagaimanakah anda mendefinasikannya? Adakah dengan berapa banyak wang atau barang yang anda kumpul, atau berapa banyak harta yang anda akan tinggalkan? Bagi Kimora Lee Simmons, dia telah berjaya mencapai ke semuanya.

Untuk anak kelahiran St.Louis Missouri dan idola fesyen terkini ini, kehidupannya bukanlah sentiasa seperti di dalam cerita dongeng. Oleh kerana ketinggiannya dan mempunyai ibubapa campuran Afrika dan Asia, Kimora sering di buli oleh rakan sekolahnya. Walaupun begitu, ibu Kimora telah mendaftarkannya di dalam kelas peragawati semasa dia berumur 11 tahun dan semenjak itu, kehidupanya telah banyak berubah menjadi bertambah baik.

djimon_hounsou_kimora_lee_simmon_baby_picture_2

Kimora Lee Simmons mula diterkenal apabila Karl Lagerfeld telah memilihnya sendiri menjadi peragawati untuk Chanel semasa dia hanya berumur 13 tahun. Sebagai CEO untuk jenama pakaian Baby Phat, Kimora kini lebih dikenali bukan sahaja di dalam fesyen malah juga di dalam dunia perniagaan. Kimora memiliki segalanya, dari empayar fesyen yang bernilai jutaan ringgit hingga kasihnya yang tidak ternilai terhadap tiga orang anaknya. Apakah rahisa kejayaannya? Tontonilah Kimora: Life in the Fab Lane untuk mengetahui lebih lanjut!

Mari menyelami ke dalam kehidupan bekas seorang peragawati, pereka fesyen, penulis, dan CEO syarikat jenama Baby Phat Jean bagaimana dia membahagikan masa dalam tugasan harian di pejabat dan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang kadang-kala di warnai oleh sandiwara di dalam rancangan realiti bersiri ini. Saksikan tayanggan perdana Kimora: Life in the Fab Lane pada setiap hari Ahad, pada jam 10.00 malam kerana anda tidak akan berasa bosan apabila disamping Kimora. Semuanya hanya di 8TV.

“Kimora telah mengubah definisi seorang ibu di dalam dunia yang sangat moden ini.” Kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim. Kim juga menambah, “Kepelikkan, kebijaksanaan dan sindiran Kimora akan membuat anda meninginkannya lagi. Kejayaannya telah memberi inspirasi kepada wanita yang lain.”

Mari pelajari apakah yang perlu dilakukan untuk membesarkan sebuah keluarga disamping meningatkan pengeluaran syarikat fesyennya. Bersedialah kerana Kimora akan membawa anda mengembara ke dalam kehidupan sehariannya dimana banyak perkara menarik pasti akan terjadi!

Nantikan drama menarik ini diadunkan bersama gosip, dan fesyen yang terbaru di dalam Kimora: Life in the Fab Lane, setiap hari Ahad pada jam 10.00 malam, bermula pada 30 Januari 2011 yang lalu hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV menerusi saluran 708 di Astro.

Program-program 8TV boleh juga ditonton menerusi online di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!
Hidup tidak akan bosan untuk diva yang serba boleh ini!

kimora_simmons_fabulosity

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bio.Beat: Beatles Biggest Secrets

Video Sekitar Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010