in

KIMORA LIFE IN THE FAB LANE

BERTEMU DENGAN WANITA YANG KAYA RAYA

7 Episod

Tarikh: 14 OGOS 2008 (Khamis)

Masa: 10.00 malam

Dia merupakan seorang model, ikon fesyen, pengusaha dalam industri fesyen dan yang paling penting dia juga seorang ibu kepada dua anak. Siapakah dia? Tentulah Kimora Lee Simmons!

Belajarlah bagaimana untuk memimpin sebuah perniagaan dengan maju dan pada masa yang sama  menjadi seorang ibu yang baik dengan menonton sebuah kisah hidup menarik mengenai Kimora : Kehidupan Yang Mewah di 8TV, bermula pada 14hb Ogos 2008 pada jam 10.00malam!

“Kimora Lee Simmons merupakan seorang ikon fesyen yang disanjungi ramai. Dia memulakan kariernya sebagai seorang model dan kini dia mempunyai jenama fesyennya tersendiri –  Baby Phat dan KLS. Baru-baru ini, dia telah melancarkan satu jenama baru iaitu Fabulosity,” kata Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

“Kimora bukan sahaja berjaya dalam segala yang dilakukannya tetapi pada masa yang sama dia juga berkemahiran untuk memimpin dan paling penting sekali ciri-ciri kekeluargaan yang patut dicontohi,” tambahnya.

Kim juga berkata, “Saya pasti program ini menjadi kegemaran buat ibu-ibu yang bekerjaya.  Siri ini memberikan sedikit sebanyak tips tentang cara untuk membahagikan masa terhadap keluarga dan kerjaya”.

Kimora: Kehidupan Yang Mewah menampilkan 7 episod tentang kehidupan Kimora Lee Simmons. Ia merupakan sebuah rancangan realiti yang menceritakan tentang kehidupannya sebagai seorang pengusaha yang berjaya dan ibu kepada dua orang anak.

Saksikan kehidupan Kimora bersama anak-anaknya dan juga sebagai pengusaha jenama Baby Phat serta cara kehidupan beliau sebagai seorang fesyen celebriti. Marilah mengembara dan mengenali  diva ini ke seluruh dunia bersama dunia perniagaannya dan keseronokan membeli-belah yang selalu menjadi sebahagian agenda Kimora.

Bagaimana dia menjadikan Baby Phat sebagai satu jenama fesyen? Bagaimana dia menyelesaikan isu kerja dan keluarganya? Adakah dia mempunyai masa untuk meluangkan bersama kedua-dua anak perempuannya?

Jangan lupa untuk saksikan Kimora dan kehidupannya yang mewah di Kimora: Kehidupan Yang Mewah bermula pada 14hb Ogos 2008 pada pukul 10.00malam di 8TV. 8TV juga disiarkan melalui saluran alternatif di Astro saluran 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marshal Anwar SEMAKIN FOBIA

PERTANDINGAN BINTANG KECIL 2008 PERINGKAT ZON TENGAH