in , ,

Kim Sung Kyu Terbang ke Malaysia Untuk Dua Malam di LV3: Let’s Vacay Asia Tour

Ketua kumpulan INFINITE, Kim Sung Kyu bakal berkunjung ke Malaysia untuk dua malam bagi menjayakan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour pada Ogos ini

Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop INFINITE, membuat pengumuman yang dinanti-nantikan oleh INSPIRIT (peminat setia kumpulan tersebut) bahawa beliau akan mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang menjadi perhentian pertamanyal

Dianjurkan oleh D-SHOW, dengan Offbeat dan 43 sebagai Promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur itu, dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Kim Sung Kyu Terbang ke Malaysia Untuk Dua Malam di LV3: Let's Vacay Asia Tour

INSPIRIT di Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi orang pertama yang menonton persembahan solonya yang julung kali di sini selepas 11 tahun Sung Kyu tidak berkunjung ke negara ini.

[LV3: Let’s Vacay] merupakan kesinambungan konsert solonya [LV] selepas [LV2: Like Your Vibes) yang diadakan pada tahun lalu dan (LV1: Light & Voice] pada tahun sebelumnya. Sudah pasti [LV3: Let’s Vacay) merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat yang menantikan kemunculannya selama ini.

Tiket mula dijual pada 17 Julai dengan pelbagai faedah yang eksklusif untuk dimenangi oleh peminat!

Sung Kyu yang berjaya mencipta nama sebagai figura K-pop terkenal mula terlibat dalam bidang seni pada 2010 sebagai ketua kumpulan INFINITE dengan album mini pertama mereka “First Invasion”, yang merangkumi single utama “Come Back Again” yang sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi K-pop baharu.

Sejak daripada itu Sung Kyu terus mencipta kerjayanya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem, rancangan TV, muzikal dan pengacaraan.

Selepas menamatkan perkhidmatan tentera pada tahun 2020, Sung Kyu kembali beraksi sebagai penghibur dengan mengadakan konsert solo “Shine Encore” selama tiga hari di Seoul. Selain itu Sung Kyu sering tampil dalam pertunjukan dan muzikal, serta mengeluarkan album mini ketiganya “Inside Me” dan terus aktif hingga kini. Sejak album mini solo pertamanya “Another Me” yang dikeluarkan pada 2012, sehingga kini dia telah mengeluarkan satu album studio dan lima album mini.

Kim Sung Kyu Terbang ke Malaysia Untuk Dua Malam di LV3: Let's Vacay Asia Tour

Tiket boleh didapati melalui www.etix.com mulai 17 Julai, 12 tengah hari, berharga RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10 Bayaran.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert ini: VIP-RM788

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster Bertandatangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.

VIP BOX-RM728

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster Bertandatangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.)

CAT 1-RM688

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster Bertandatangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.)

CAT 2-RM588

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster Bertandatangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur untuk dua malam itu, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi: Promoter FB: 43 www.facebook.com/43ent Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent

Kim Sung Kyu Terbang ke Malaysia Untuk Dua Malam di LV3: Let's Vacay Asia Tour

Hashtag:

#KIMSUNGKYU #金聖圭 #김성규

#LV3_LetsVacay_IN_KL

#LV3_LetsVacay

#DoubleHTNE

#DSHOW #OFFBEAT #43_ENT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Red Dikecam Cium Kepala Bekas Isteri, Adira Semasa Siaran Langsung

Puteri Sarah & Nad Zainal Terharu Terima Anugerah Khas Daripada Mommyhana