Walaupun bukan artis Korea Selatan pertama yang menjejakkan kaki di negara ini, tetapi momen satu malam persinggahan aktor Korea Selatan, Kim Seon-ho di ibu negara baru-baru ini meninggalkan memori indah di hati penggemar.
Tampil dalam sesi bertemu peminat di Mega Star Arena Sg Wang, selain lakonan yang mantap di dalam setiap drama dan filem yang dibintanginya, senyuman menawan serta wajah comelnya yang menjadi bonus serta daya tarikan hingga digilai ramai.
Sempat berkunjung ke Dataran Merdeka & Menara berkembar KLCC, Kim Seon Ho dilihat telah mengupload gambar-gambar dengan berlatarbelakangkan tempat-tempat menarik tersebut di instagram miliknya.
Yang paling mengagumkan, Kelab Peminat Kim Seon Ho Malaysia Malaysian Seonhohadas( @kimseonhoMy ) telah berjaya melancarkan kempen “MY love for SeonHo Fan Support” seperti Photo Backdrop,Letter Box, Freebies Distribution area & LED advertisement di Jalan Bukit Bintang Pavilion Kuala Lumpur & Wisma Apple sempena menyambut kedatangan aktor tersebut untuk sesi bertemu peminat dan tanda sokongan mereka kepada beliau.
credit foto: IG kimseonhoMy & IG seonho__kim