Bagaimanapun, mungkin tiada yang dapat membayangkan bahawa genap setahun selepas itu, Kim Sang Hyuk akan membuat pengumuman yang mengejutkan di laman Instagram iaitu tentang penceraiannya.
“Dua orang yang masih kurang dalam banyak hal bertemu dan mencuba sebaik mungkin untuk hidup bersama. Kami seharunya merangkul bekas luka yang dimiliki satu sama lain, tetapi maaf kami tak dapat menghadirkan wajah bahagia kepada dunia,”
– Kim Sang Hyuk
Namun begitu, Kim Sang Hyuk tidak memberikan punca kepada perceraiannya. Dia hanya mengucapkan penyesalan atas kegagalan rumah tangganya.
“Aku rasa ini semua salah aku dan berasa kehilangan banyak kesempatan untuk melakukannya dengan baik dan hatiku sungguh berat. Aku menyesal menyampaikan berita yang sangat berat ini,”
– Kim Sang Hyuk
Dalam pada itu, agensi pengurusan penyanyi itu juga menyatakan bahwa proses perceraian ini sebaik mungkin akan diselesaikan secara baik dan memohon agar peminat tidak terus mencari punca kedua-duanya bercerai.
“Kami juga meminta para peminat supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan cerita yang berlebihan tentang isu ini,”
– Kim Sang Hyuk
Sumber: KopiPlanet.com