in ,

Kilafairy Bercinta Dengan Lelaki India?

Mengisahkan kehidupan dan kisah pencintaan Aleeya yang telah dibesarkan dengan kemewahan semenjak dari kecil, dia bertemu dengan Syameer di India dan telah jatuh cinta terhadap Syameer. Babak-babak menarik ini melatari drama bersiri bertajuk “Cinta Agra” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menampilkan pelakon utama Killafairy dan Narenth Rao juga turut dibantu oleh Shah Iskandar, Hairi Safwan, Raja Ema dan Aty Ezzaty ini telah pun menemui penonton mulai 25 Februari lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.00 petang menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

iklan Cinta Agra

Sejak kecil Aleeya anak tunggal dibesarkan dengan penuh kasih sayang serta kemewahan oleh mama dan papanya, Dato Hafiz dan Datin Marlia. Oleh kerana terlalu sayang semua kehendak Aleeya diturutkan. Dato Hafiz adalah seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Oleh kerana kesibukan Datin Marlia dengan perniagaannya menyebabkan Dato Hafiz mempunyai seorang kekasih yang bernama Iza tanpa pengetahuan Datin Marlia, Aleeya serta orang lain.

Datin Marlia sentiasa sibuk dengan dengan urusan perniagaan serta sering bersama rakan-rakannya. Aleeya masih menuntut di sebuah kolej terkenal di ibu kota di dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Aleeya sentiasa berkongsi suka dan duka bersama Mak Lijah iaitu pembantu rumahnya. Aleeya mempunyai dua orang teman baik di kolej iaitu Nadya dan Sem.

Dato Hafiz mempunyai seorang rakan kongsi bernama Dato Zakuan yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Aril. Aril seorang yang suka berfoya-foya dan tidak mahu membantu di dalam menguruskan syarikat ayahnya. Selepas tamat pelajaran dari Amerika. Aril lebih suka menghabiskan masa dengan berhibur dan melepak dengan kawan-kawannya di kelab malam. Dato Hafiz mencadangkan agar Dato Zakuan membawa Aril bekerja di syarikatnya. Dato Zakuan bersetuju dan berharap dengan cara ini dapat mengubah perangai Aril.

Pertemuan di antara Dato Hafiz dan Aril di aturkan oleh Dato Zakuan, Dato Hafiz bertemu dengan Aril dan mula menyukai pemuda tersebut walaupun Aril seperti tidak berminat untuk menerima tawaran Dato Hafiz. Tiba-tiba Aril terpandang pada Aleeya yang datang ke pejabat untuk berjumpa dengan Dato Hafiz. Aril teringat akan gadis yang pernah bergaduh dengannya dan telah jatuh hati dengan gadis tersebut. Aril segera masuk ke dalam bilik Dato Hafiz dan bersetuju untuk bekerja di syarikat Dato Hafiz.

Aril menunjukkan sikap yang rajin dan bersemangat membuatkan Dato Hafiz menyenangi Aril. Dato Hafiz tidak perasan tindakan Aril adalah semata-mata hendak memikat Aleeya. Dato Hafiz dan Dato Zakuan amat gembira dengan perubahan Aril dan dalam diam mereka mula mengaturkan rancangan untuk menyatukan kedua-dua anak mereka iaitu Aril dan Aleeya. Selepas pulang dari pejabat tanpa pengetahuan Dato Zakuan. Aril kembali kepada perangai lamanya suka berpoya-poya dan menghabiskan masa dengan perempuan.

Aleeya terdengar perbualan antara Dato Hafiz dan Datin Marlia mengenai rancangan mereka untuk menyatukan Aleeya dan Aril. Aleeya mula memikirkan bagaimana cara untuk menghalang rancangan Dato Hafiz dan Datin Marlia. Aleeya, Nadya dan Sem telah membuat rancangan untuk pergi bercuti. Setelah lama berfikir mereka telah bersepakat untuk pergi ke India. Aleeya meminta izin pada Dato Hafiz dan Datin Marlia. Pada mulanya Dato Hafiz dan Datin Marlia tidak mengizinkan tetapi setelah puas dipujuk oleh Aleeya akhirnya Dato Hafiz dan Datin Marlia bersetuju. Sampai di India mereka menginap di sebuah hotel mewah.

pelakon utama

Mereka diperkenalkan oleh pihak hotel dengan seorang pemandu pelancong bernama Syameer yang berasal dari Malaysia. Syameer adalah anak seorang tukang cuci kain yang bernama Puan Dewi dan ayahnya Kumar telah dua tahun terlantar sakit akibat penyakit strok. Syameer kasihan melihat keadaan ibunya yang bertungkus lumus menyara mereka sekeluarga. Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Syameer terpaksa menyembunyikan slip peperiksaan dari pengetahuan ibunya kerana tidak mahu membeban dan menyusahkan hati ibunya bagi mencari duit menyara kos perbelajarannya jika Syameer mahu menyambung pelajaran. Ketika Syameer sedang bekerja di sebuah kedai makan Syameer terdengar perbualan salah seorang pelanggan mengatakan bahawa bekerja sebagai pemandu pelancong di India menawarkan gaji yang lumayan.

Hari pertama Syameer tiba di India dia menjadi tukang cuci pinggan di sebuah restoran yang agak besar di India. Oleh kerana sikap Syameer yang agak peramah dan pandai mengambil hati orang Syameer telah berkenalan dengan Tuan Raja, Pengurus Syarikat Pemandu Pelancong yang sedang makan di restoran tersebut. Bermula dari situlah Syameer menceritakan keperitan hidup dan minatnya untuk menjadi pemandu pelancong.

Tuan Raja telah menerima Syameer bekerja di syarikatnya atas kesungguhan Syameer untuk menjadi pemandu pelancong. Syameer begitu gembira dan telah memulakan karier barunya sebagai pemandu pelancong di sana.Aleeya, Nadya dan Sem gembira apabila dapat melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di India. Syameer sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Ketika Syameer asyik memberi penerangan kepada Nadya dan Sem, Aleeya telah terpecah dari kumpulan mereka apabila asyik mengambil gambar di kawasan tersebut.

Di suatu sudut, sekumpulan penjahat sedang asyik memerhatikan Aleeya yang telah terpecah jauh dari kumpulannya. Kumpulan penjahat tersebut segera mendekati dan menarik Aleeya seterusnya di bawa ke kawasan hutan tidak jauh dari situ. Mereka berjaya di tewaskan oleh Syameer. Dalam masa yang sama Syameer telah tertarik kepada Aleeya dalam diam. Tetapi Syameer menyembunyikan perasaan tersebut.

Hari demi hari di India, selepas kejadian Syameer menyelamatkan Aleeya, Hubungan Aleeya dan Syameer semakin baik. Nadya dan Sem perasan akan hubungan mereka. Bibit-bibit cinta antara Aleeya dan Syameer semakin ketara.

Percintaan dua darjat itu mendapat tentangan hebat keluarga Aleeya. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Apa pula terjadi kepada Aril yang sanggup bertindak mengancam Syameer supaya tidak mendekati gadis dicintainya itu?

pelakon berlatarkan Taj Mahal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forteen Gigih Promosi Lagu LINANGAN TERAKHIR

Nickelodeon Anjur Acara Sempena THE SPONGEBOB MOVIE: SPONGE OUT OF WATER