in

Gadis Pulau Mutiara Menjuarai Minggu Pertama CLEVER GIRL MALAYSIA

Sebanyak 14 peserta dari seluruh Malaysia telah menunjukkan persaingan hebat di pentas Clever Girl Malaysia musim kedua buat pertama kali pada Jumaat lalu. Dua peserta yang berada di kedudukan teratas iaitu Kiera (Pulau Pinang) dan Fadila (Negeri Sembilan), berentap untuk menjadi peserta terpantas menjawab soalan di Pusingan Penentu.

Namun, nasib lebih menyebelahi Kiera apabila dia berjaya menewaskan saingannya pada malam itu lantas dinobatkan sebagai juara mingguan serta diberikan Imuniti.

13 gadis Clever Girl yang masih kekal dalam gameshow intelektual ini

Ain dari Pahang ucapkan selamat tinggal kepada pentas CLEVER GIRL MALAYSIA

Episod pertama “game show” ini menjadi perbualan hangat di Twitter apabila soalan-soalan yang dikemukakan kepada para peserta dikatakan lebih sukar berbanding dengan musim lepas. Meskipun standard soalan semakin mencabar, kesemua peserta tetap tidak berputus asa untuk membuktikan kecekapan berfikir masing-masing.

Menurut penerbit eksekutif Clever Girl Malaysia, Nazatul Fariz Mohd. Aziz,

“Minggu lepas merupakan minggu pertama Clever Girl Malaysia mula bersiaran dan sebenarnya, para peserta kelihatan agak gementar sedikit. Memang benar soalan-soalan untuk musim ini lebih sukar berbanding dengan tahun lepas, setiap soalan yang dikemukakan kepada 14 peserta ini juga telah diluluskan oleh pihak Mensa. Saya percaya dengan keboleh kesemua peserta program ini kerana mereka mempunyai potensi masing -masing dan insya Allah, mereka akan berikan saingan yang lebih sengit pada minggu akan datang.”

Ain (Pahang) dan Iylia (Kedah) pula merupakan dua orang peserta dengan markah terendah dan mereka telah bersaing dalam Pusingan Penyingkiran untuk menentukan siapa yang bakal tersingkir. Di pusingan ini, Iylia kelihatan lebih tangkas dan berjaya menjawab soalan dengan paling pantas dan tepat lantas terselamat daripada penyingkiran. Kalah menang adat permainan, Ain terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 13 peserta lain apabila dia gagal menandingi peserta-peserta lain.

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Juara Mingguan, dua peserta yang berada di kedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkiran. Terdapat dua cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau dengan hashtag #clevergirlmy di laman sosial Twitter.

Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter pula, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy #C.

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna keluaran Serai Mas, Jangan Berhenti Memuji selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Berikut ialah senarai para peserta Clever Girl Malaysia musim kedua:

Nama Negeri
Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara, 24 tahun, Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik) Perak
Hani Nazrina Binti Hanizar (Hani, 21 tahun, Usahawan & Graduan Sains Aktuari) Perlis
Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera, 27 tahun, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan) P.Pinang
Aliasuraiya Binti Mohd Isa (Alia, 25 tahun, Eksekutif Operasi & Mahasiswi Pengajian Nautikal) Melaka
Vishebannu A/P Krishnan (Visha, 22 tahun, Mahasiswi Perundangan) Johor
Nur Iylia Binti Badaruddin (Iylia, 27 tahun, Mahasiswi Perakaunan) Kedah
Fadila Zukaira Binti Mohd Nor (Fadila, 24 tahun, Mahasiswi Pendidikan) N.Sembilan
Mas Syahmi Izzah Binti Izhar (Mas, 24 tahun, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal) W.Persekutuan
Nurul Shazalina Zainudin (Shaza, 30 tahun, Mahasiswi Perubatan)   Kelantan
Nur Emyllia Binti Halmi (Emyllia, 28 tahun, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia)                                                                                                                        Terengganu
Syafiqah Binti Ishak (Ika, 30 tahun, Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan) Sabah
Shazana Binti Kamarnzaman (Shazana, 24 tahun, Mahasiswi Perubatan) Selangor
Camellia Binti Onn (Camy, 28 tahun, Ahli Geologi) Sarawak

Krew penerbitan diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Siapakah antara 14 orang gadis ini layak menjadi “Clever Girl” yang seterusnya? Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam – 10.00 malam, hanya di TV3!

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web www.tv3.com.my/clevergirl.

DBAH2838

Clever Girl dipermulaan rancangan

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Meriahkan lagi dunia maya Clever Girl Malaysia dengan hashtag #clevergirlmy di laman media sosial anda. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Ain ketika pusingan penyingkiran

Permainan Clever Girl yang mendebarkan

Kiera ketika memenangi pusingan juara mingguan

Ain akur menerima penyingkirannya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriah Sungguh Karnival Jom Heboh Dataran MITC Melaka

Ulasan Filem THE NUT JOB 2 dari Kaca Mata Penonton